CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JoyahMengayah

[Jenayah] Menangis, tiada peguam mahu mewakili Siti Bainun (UPDATE)

  [Copy link]
Post time 16-5-2022 03:28 AM | Show all posts
Nampak mcm byk mainan anak2 patung, mungkin semua org just nak buat adik bella happy. Adik bella dah 14 tahun dah boleh bagi dia hadiah ipad, adik bella boleh belajar mcm2 dr ipad jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 03:52 AM | Show all posts
Nampak muka adik bella dah tak ada parut. Sopan je nampak adik bella. Kredit ig isteri tmj




Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:28 AM | Show all posts
Adik bella dpt hadiah frozen. Pak mail pun hari tu lps dia dpt tahu adik bella suka frozen (maybe konco2 dia dpt tahu dr fb mona din) dia pun bwk hadiah frozen kat adik bella, tp adik bella mcm bolayan kan skit masa pak mail bagi hadiah frozen tu sbb dia tgh busy colour hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yg paling tak sepatutnya berlaku adalah mommy zurianty tak dibenarkan berhubung atau bertanya khabar tentang adik bella. Sedangkan dia yg selamatkan adik bella n adik bella mengenali mommy, sayang mommy dan berasa selamat dgn mommy. Bukannya mahkamah tak benarkan pun mommy sayang dan adik bella berhubung, jkm yg pandai2 buat mcm tu konon pihak bainun complain. Mommy sayang n adik bella sama2 dr satu team iaitu meraka adalah saksi2 pendakwaraya so takde keperluan pun dorg perlu dihalang utk berhubung just sbb bainun gemok tak suka. Patutnya segala keputusan jkm perlu menitik beratkan kepentingan adik bella tp nampaknya perasaan bainun yg jkm kecoh nak jaga, apa punya bodoh lah jkm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 16-5-2022 03:02 AM
Thanks noor td seronok berbual dgn noor.

Ni ada cerita best pasal adik bella, rezeki adik bella s ...

Wc...terima kasih juga oren selalu call noor....moga nasib adik Bella terjamin masa depan...amin..

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:21 AM | Show all posts
Kalo2 ada yg merindui siti benon sebelum kes start balik 30hb. Besar sungguh badan dia yach, baju pulak corak daun besar2 hermmm dgn badan gedabakk giteww mmg tak membantu langsung corak tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2022 07:58 PM | Show all posts

Pembicaraan disambung...

Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Saksi pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood bagaimanapun berkata dia tidak menceritakan kepada polis mengenai insiden tersebut ketika siasatan kerana takut dimarahi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Yasmin, 19, yang juga penghuni rumah kebajikan itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, berhubung perkara terbabit.

"Sebab (Siti) Bainun sudah bagi arahan jangan beritahu apa-apa. Kalau saya cerita, saya takut nanti (Siti) Bainun marah. Waktu itu, saya tidak percaya pihak mana-mana pun," katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 08:16 PM | Show all posts
Besarnyaaa benonn..srupa anak gajah memang patah laa tulang bella
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 16-5-2022 05:10 AM
Tapi yg paling tak sepatutnya berlaku adalah mommy zurianty tak dibenarkan berhubung atau bertanya k ...

mommy zurianty tu Mona din tu ke? dh knp sampai dihalang melawat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa dgn oyen?. Nmpk beriye sgt kt sini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 07:38 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 31-5-2022 08:09 PM
namieamuro replied at 30-5-2022 09:09 PM
mommy zurianty tu Mona din tu ke? dh knp sampai dihalang melawat?

Mommy zurianty tu yg selamatkan adik bella kat condo bainun masa bainun kat kuarantin kat hospital. Mona Din pulak mcm socmed influencer sbb dia ramai followers kat fb. So lps mommy berjaya selamatkan adik bella n buat report semua, takde apa sgt tindakan dr polis utk tangkap benon, kes sejuk beku. So kawan mommy zurianty yg dpt video tu contacted mona din utk tolong panaskan kes adik bella pd masyarakat utk bagi tekanan pd pihak berkuasa supaya polis siasat kes ni, tahan benon, ambik statements, charge dia, bukannya simpan report buat pekasam. So dgn bantuan mona din dan beberapa lagi social media influencers termasuk betty benafe aliff ahmad so kes adik bella mendapat perhatian rakyat msia dan rakyat msia sgt marah dgn kekejaman terhadap adik bella. Tekanan dr masyarakat akhirnya membuatkan pihak berkuasa charge bainun di court, n tekanan demi tekanan juga membuatkan pihak berkuasa tambah charge yg lebih berat pd bainun. So harapnya adik bella mendapat pembelaan dan keadilan diatas kekejaman yg dia kena lalui oleh manusia kejam bernama siti bainun. Adik bella takde ibu bapa dan keluarga utk membela dia, tp nasib baik ramai manusia berhati mulia yg sanggup ke depan utk memberi keadilan buat dia. Rata2 rakyat msia yg berhati mulia pun menuntut keadilan pd adik bella. Cuma yg tak berhati mulia jah yg pelik n mcm mempertikaikan tgk org iya2 nak bella adik bella.



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 07:39 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 31-5-2022 07:40 PM
srjebat replied at 30-5-2022 10:27 PM
Ada apa dgn oyen?. Nmpk beriye sgt kt sini..

So ko ada masalah ke aku tunjuk simoati pd adik bella n kutuk kekejaman yg dilakukan pada dia? Ko rasa pelik ke? phuiii kalo ko takde hati perut ko tak perlu pertikaikan sesiapa pun yg nak tunjuk simpati n kutuk kekejaman pd adik bella. Takde istilah beriya dlm menunjukkan simpati pd seorg budak oku yg didera mcm dlm kem askar!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 08:01 PM | Show all posts
phuiii ada ke pulak nak pertikaikan org yg tunjuk simpati pd adik bella. Patutunya pertikaikan kenapa bainun dera adik bela
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 08:11 PM | Show all posts
srjebat replied at 30-5-2022 10:27 PM
Ada apa dgn oyen?. Nmpk beriye sgt kt sini..

Kalo ko takde rasa simpati simpan hati bangsatttttu sendiri, tak perlu nak pertikaikan tgk org lain iya2 tunjuk simpati pd adik bela. Bangsatttnya hati ko blh pertikaikan benda mcm ni, ke ko geng benon gemokkk lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 08:51 PM | Show all posts
DIKEMASKINI......

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa remaja perempuan Sindrom Down Bella berdiri lebih 10 jam dan tidur tanpa alas dan selimut serta ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa makanan.

Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, berkata, dia sering melihat Bella berdiri berjam-jam setiap kali pergi ke Rumah Bonda sehingga ia menjadi satu pemandangan yang biasa yang mama situasi itu bermula Februari tahun lalu.

“Bulan puasa, saya ada berbuka puasa dengan Siti Bainun di sebuah restoran di Chow Kit lepas tu pergi rumah kondo (Rumah Bonda di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju), masa tu dalam pukul 9 malam. Masa masuk (rumah) saya nampak Bella berdiri tempat biasa. Bila dah beberapa kali nampak, dah jadi kebiasaan.

“Bella berdiri lama, lebih 10 jam tak duduk-duduk. Ada sekali saya pergi, tak ingat bila, Bella sedang duduk tetapi dalam keadaan tak selesa dan disuruh melukis. Bella disuruh melukis sampai dia tersengguk-sengguk sebab mengantuk.

“Pada ketika itu, saya yang berada di ruang tamu terdengar Balqis (salah seorang penghuni Rumah Bonda) menjerit kata Bonda, Bella nak tertidur. Kemudian saya dengar Siti Bainun menjerit kuat dari dalam bilik sampai saya sendiri terkejut. Siti Bainun jerit Bella, lukis!,” katanya.

Tambahnya, ketika pertama kali dia melihat Bella berdiri lama di tepi dinding sekitar Februari 2021, dia pernah bertanya kepada Siti Bainun kenapa Bella itu berdiri sebegitu dan diberitahu `Bella didenda’.

Ujarnya sekitar Mei 2021, saksi yang telah berkawan dengan Siti Bainun selama 10 tahun ada terlihat kesan lecur yang besar di bahagian leher Bella. Namun apabila ditanya, Siti Bainun memberitahu kesan lecur adalah disebabkan Bella `main simbah-simbah air panas dengan adik-adiknya’.

“Saya nampak satu kecederaan yang pada saya teruk di leher Bella. Kecederaan itu besar, kulit dia nampak macam melecur, warna merah-merah pink (merah jambu) macam kesan kulit yang melepuh dan dah tertanggal.

“Saya tanya Siti Bainun kenapa dengan Bella, Siti Bainun jawab Bella bergaduh dengan adik-beradik dia, main simbah-simbah air panas.
“Saya cakaplah takkan dibiarkan budak-budak bergaduh sampai macam ni dan Siti Bainun jawab tak boleh buat apa la kak, Aida tu bila dah marah, dia hilang akal,” kata Suhana.

Pada masa sama Saksi itu menjelaskan individu yang dikatakan adik-beradik Bella ialah dua orang penghuni rumah jagaan yang juga anak angkat Siti Bainun yang dipanggil sebagai Aida dan Balqis.

Saksi itu juga memberitahu, terdapat situasi yang mana semua penghuni Rumah Bonda dibawa berjalan-jalan ke Aquaria, KLCC, menghadiri majlis hari jadi dan mengambil gambar raya di studio, Bella telah ditinggalkan seorang diri di rumah tanpa sebarang makanan.

Bagaimanapun apabila saksi itu bertanya kepada Siti Bainun mengapa Bella tidak dibawa, Siti Bainun memberitahu bimbang orang sekeliling akan sangka Bella didera.

“Macam mana nak bawa kak, nanti orang ingat saya dera dia (Bella).” kata saksi itu.

Bagaimanapun, terdapat insiden yang menyebabkan saksi itu tidak tidur malam adalah apabila dia terjumpa Bella tidur di bilik laundry tanpa alas, tanpa tilam, tampa selimut dan tanpa bantal.

Insiden itu dilihat pada 21 Mei 2021 yang mana ketika saksi itu membuang sampah yang terletak di bilik laundry.

“Tong sampah tu terletak dalam bilik laundry tapi apabila saya cuba buka, pintu itu berkunci. Saya pusing kunci, tolak pintu dan masuk tapi lampu saya tak nyalakan. Masa masuk tu saya tersepak sesuatu dan bila saya buka lampu, saya nampak Bella sedang tidur dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Bella tidur tanpa alas, tanpa selimut dan tanpa bantal.

“Saya terkedu dan tergamam. Bella tak sedar masa saya tersepak dia. Saya kemudian tutup lampu dan kunci semula pintu dan masuk bilik,” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi 13 Jun ini.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... a-alas-dan-selimut/
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:13 PM | Show all posts
JoyahMengayah replied at 31-5-2022 08:51 PM
DIKEMASKINI......

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ...

Sedih sedih sgt sedihh. Yg peliknya ada yg heran kita ni iya2 sgt psl kes adik bella kena torture teruk macam ni huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 09:15 PM | Show all posts
srjebat replied at 30-5-2022 10:27 PM
Ada apa dgn oyen?. Nmpk beriye sgt kt sini..

posting ko takde sensitivity langsung. Ada henda kita blh buat gurau, blh meroyyan kat each other tp bukan isu mcm ni ye, sorg budak oku didera teruk mcm ni bukan benda mainan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
JoyahMengayah replied at 31-5-2022 08:51 PM
DIKEMASKINI......

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ...

Saksi ni pegawai penyelidik undang2 umur 40 tahun yang nampak bella kena berdiri pastu, pastu kena tengking, pastu kena lecur, pastu kena pukul, pastu kena tinggal kat rumah tanpa makanan, pastu kena tidur tanpa selimut...

SEPANJANG TEMPOH TU SAKSI NI BUAT APA TINDAKAN?

Dia dah 40, bukan macam yasmin yang baru 19..
Kalau lah sepanjang tempoh tu dia buat bolayan aja maka dia pun sama celaka macam benon gundu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:55 AM | Show all posts
~boolean replied at 1-6-2022 12:22 AM
Saksi ni pegawai penyelidik undang2 umur 40 tahun yang nampak bella kena berdiri pastu, pastu kena ...

Agree aku pun terpikir mcm tu. Boleh dia biarkan budak tu kena siksa. Takde hati perut. Menunjukkan tak semua org ada hati perut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Si sad azmi lebih rela jaga kebajikan anjing drpd anak sindrom down. Kes penderaan manusia ni boleh di pejamkan sebelah mata je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.447954 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list