Gambar Hiasan
Di mata orang lain, seorang lelaki bergelar suami yang mengikut media sosial wanita lain mungkin tidak dianggap sebagai satu masalah namun berlainan pula dengan tanggapan isteri kepada lelaki berkenaan.
Apatah lagi andai suami terbabit membandingkan wanita yang diikutinya di media sosial dengan isterinya mahupun lebih kerap memuji kecantikan atau penampilan wanita berkenaan, situasi itu pasti akan menyebabkan tercetusnya perang dingin antara pasangan.
Di Twitter, pengguna dengan nama Putrywho menciap mengenai permintaan seorang wanita untuk menyekat akaun suaminya daripada terus mengikuti media sosialnya. Memahami perasaan isteri tersebut, dia tanpa teragak-agak melakukannya.
Gambar Hiasan
"Seorang wanita menghantar mesej agar saya menyekat akaun suaminya. Saya lakukan tanpa ragu-ragu. Saya sangat memahami perasaannya.
"Ya, dia mengikuti media sosial wanita lain tetapi sekurang-kurangnya saya tidak lagi menjadi masalah buat wanita terbabit.
"Walaupun saya tidak ada kena-mengena dengan masalah mereka tetapi sebagai wanita, kita harus saling membantu," katanya.
Menerusi maklum balas ciapan tersebut, dia dipuji kerana tidak mempersendakan permintaan isteri tersebut selain merahsiakan perbualan antara mereka. -CARI
|