CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Pulau Pinang] Organ kerbau sejuk beku import lebih RM262,000 disita

[Copy link]
Post time 13-4-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Organ kerbau sejuk beku import lebih RM262,000 disita


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 13, 2022 @ 2:05pm  [email protected]




MAQIS Pulau Pinang menyita kira-kira 2,500 kotak berisi pelbagai organ kerbau sejuk beku dianggarkan bernilai lebih RM262,000 dipercayai diimport dari India. - Foto ihsan MAQIS




BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita kira-kira 2,500 kotak berisi pelbagai organ kerbau sejuk beku dianggarkan bernilai lebih RM262,000 dipercayai diimport dari India.

Produk terbabit disita hasil pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT), di sini, kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu.

Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib, berkata kesemua produk ruminan daging kerbau sejuk beku itu disita berikutan penggunaan maklumat pada konsainan berkenaan tidak tepat dan mengelirukan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesalahan dilakukan dalam kes ini ialah loji penyembelihan yang dinyatakan pada permit import MAQIS, berbeza dengan dokumen dan konsainan import.

"Selain itu, pengimport yang mengimport produk ekor dalam bahagian kerbau berkenaan, disyaki dari loji yang tidak diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Berikutan itu, kesemua produk bahagian kerbau terdiri daripada 1,000 kilogram (kg) 'hock tendon', 2,988kg ekor, 6,000kg hati dan 17,000kg jantung yang dianggarkan bernilai RM262,079.63 telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Muhammad Ikram berkata, penggunaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Berdasarkan akta ini, mana-mana orang yang memberi maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian, menjadi suatu kesalahan.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.178223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list