CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 4

Tok Sidang Nafi Minta Suapan

[Copy link]
Post time 13-4-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bekas sidang kampung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan kesalahan melindungi pembuangan bahan terlarang di kawasan terbuka oleh sebuah syarikat tiga tahun lalu.


Tertuduh, Zakaria Manap, 60, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.


Difahamkan, tertuduh yang mempunyai lapan anak dan lima cucu dilantik sebagai Sidang Kampung Rembia selama dua tahun bermula 2019 sehingga 2021.




Kredit foto: MalaysiaGazette




Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah secara rasuah didakwa meminta daripada Pengarah Urusan Syarikat Ami Ventures Sdn Bhd, Ahmad Mudzafri ldris untuk dirinya suapan wang tunai sebanyak RM500.


Tindakan itu sebagai suatu dorongan agar tertuduh tidak melaporkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) atas kesalahan pekerja syarikat itu membuang bahan terlarang di kawasan terbuka di Kampung Rembia, Alor Gajah, Melaka.


Kesalahan itu dilakukan tertuduh di stor Syarikat Ami Ventures, Jalan Rembia Hub 3, Pusat IKS Rembia, Alor Gajah, di sini pada 20 Januari 2019.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah secara rasuah menerima suatu suapan baginya wang tunai RM100 daripada pekerja syarikat sama, Mohd Khairol Amizan Elias untuk tidak melaporkan kesalahan dilokasi dan hari yang sama.


Manakala untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima suapan untuk dirinya wang tunai berjumlah RM400 daripada individu sama atas tujuan dan tempat yang sama pada 21 Januari 2019.


Bagi semua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Sepanjang pertuduhan dibaca, kelihatan seorang ahli keluarga tertuduh menangis digaleri awam sambil ditenangkan ahli keluarga yang lain.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Syakila Yaacob mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.


Beliau turut memohon agar passort tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka sehingga kes selesai.


Zakaria yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan tidak lagi bekerja dan hanya mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung.


Mahkamah kemudian mengekalkan cadangan jaminan sebanyak RM5,000 dan membenarkan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.


Elesabet turut menetapkan tarikh 13 Mei sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 03:00 PM | Show all posts
ingatkan 500ribu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloinya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan tok sidang suami producer tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan yg lagi sorang tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.156043 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list