CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 2

[Kelantan] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan tindakan seorang remaja mengamuk dengan menyepak makanan ringan dan air mineral selepas berang gagal menjual racun tikus berharga RM200 di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, Pasir Mas pada Selasa.

PASIR MAS - Seorang remaja didakwa mengamuk dengan menyepak makanan ringan dan susunan botol air mineral akibat berang gagal menjual racun tikus berharga RM200 di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu suspek berusia 17 tahun masuk ke dalam kedai berkenaan untuk menjual racun tikus.

"Pekerja kedai runcit itu menghubungi majikannya untuk memaklumkan perkara tersebut.

"Namun pemilik kedai runcit itu menolak permintaan untuk membeli ubat racun tikus yang dijual oleh suspek kerana terlalu mahal," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, suspek yang naik angin bertindak menyepak barangan jualan pengadu sehingga berlaku kerosakan.

Beliau berkata, sebelum ini suspek pernah membuat kacau dan memeras ugut pekerja kedai dengan memaksa untuk membayar racun tikus yang dijual dengan harga tidak masuk akal.

Mohd Nasaruddin berkata, suspek yang datang menaiki kereta jenis Proton Satria terus beredar selepas bertindak demikian.

"Susulan kejadian itu suspek ditahan pada jam 2 petang oleh anggota Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah yang membuat rondaan di kawasan tersebut.


"Turut ditahan seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai rakan suspek. Siasatan lanjut akan diteruskan selepas tempoh reman diperolehi," katanya.

Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 16 saat di media sosial memaparkan tindakan suspek merosakan barangan di kedai runcit tersebut.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... l-racun-tikus-RM200
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 04:43 PM | Show all posts
mahal ke, banyak kuantiti racun tikus tu?

aku beli racun tikus order pun kat shopee je. dapat la singgit sepeket. dalam 8 biji gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih ni.. nak duit beli dadih la tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.146696 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list