CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 8

Jangan Balas Dendam 2 Tahun Tak Dapat Raya

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Saban tahun, orang ramai akan berbelanja sakan membeli pelbagai barangan seperti pakaian dan langsir baharu, menukar peralatan atau perabot rumah terutama ketika membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Tambahan pula, kemeriahan Syawal tahun ini pastinya amat dirindui selepas lebih dua tahun tidak dapat meraikannya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.


Biarpun tidak menjadi satu kesalahan berbelanja lebih meraikan hari istimewa itu bersama keluarga, ia harus dikawal supaya tidak membuat pembelian 'melampau' sehingga akhirnya dibelenggu hutang yang membebankan.




Gambar hiasan




Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, masyarakat disaran supaya berbelanja secara berhemah dan bersederhana selain perlu mengelak diri daripada berhutang.


Beliau berkata, masyarakat hari ini perlu memikirkan keperluan mendesak pada masa hadapan walaupun kerajaan menyatakan negara sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.


"Jangan disebabkan kita tidak dapat beraya dalam tempoh dua tahun, jadi kita mahu membalas dendam sedangkan kita perlu ingat bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri hanyalah sehari dua.


"Kalau boleh, saya nasihatkan jangan sampai berhutang untuk menyambut perayaan kerana ia tidak berbaloi dan bebanannya akan dirasai dalam waktu yang panjang," katanya kepada Bernama.


Tambahan pula, katanya, pada masa ini, terlalu banyak kemudahan menawarkan perkhidmatan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' yang menggalakkan pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan.


Beliau berkata, sehubungan itu masyarakat digalakkan menganalisis kedudukan kewangan dan berbelanja mengikut kemampuan selain melakukan perbandingan harga bagi mendapatkan harga terbaik.


Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 20 April ini antara faktor turut menyumbang peningkatan perbelanjaan Aidilfitri tahun ini.


Beliau berkata, kajian sebelum ini mendapati 84 peratus pencarum mengeluarkan wang berkenaan untuk perbelanjaan seharian manakala selebihnya digunakan bagi membayar hutang.


"Jadi, majoriti pencarum ini membelanjakannya untuk perbelanjaan seharian mereka dan pengeluaran kali ini dijangka sekitar RM46 bilion hingga RM48 bilion.


"Bayangkanlah, daripada ini kita dapat lihat lebih kurang RM30 bilion digunakan rakyat untuk berbelanja sekali gus memberi impak dari segi perbelanjaan untuk raya nanti," katanya.


Justeru, Ahmed Razman berkata, adalah penting untuk individu itu mempunyai literasi kewangan yang baik bagi membantu membuat keputusan yang betul supaya kesejahteraan kewangan mereka lebih terjamin.


"Sekarang terlalu banyak tawaran atau skim pinjaman yang boleh memerangkap ditambah pula dengan perkembangan teknologi melalui kewujudan pelbagai aplikasi yang membolehkan kita meminjam segera tetapi dibebankan dengan kadar faedah tinggi.


"Kalau kita nak berbelanja kenalah mengikut kemampuan namun pada masa sama kita perlu memastikan pengetahuan mengenai kewangan sentiasa diambil kira," katanya.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 01:59 PM | Show all posts
sukati aku la nak beraya camna pon..hahaha..tp ai beli sepsg je cukup..mls byk2
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 02:32 PM | Show all posts
apadahal
10k ade
menyakai la masing2
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 05:39 PM | Show all posts
dah 3 dos pun masih tatot kobid ker?

lemah macam cipel
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I taknak jln rumah org n i taknak buat open house/jemput org beraya ke rmh i...i nak balik kg raya dgn my parents n siblings je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:45 PM | Show all posts
Beraya sambil tengok tv.. Lapo makan, ngantok tido.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 07:06 PM | Show all posts
raya sampai hilang akal, duit dan maruah sebab dua tahun takpat raya secara terbuka balas dendam le katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:51 AM | Show all posts
Betul.. Hari Raya kali ini takyah ganti Hari Raya tahun 2020 dan 2021 pun tak apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 08:53 AM | Show all posts
Duduk umah aje sambil tgk anime pilihan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.167014 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list