View: 813|Reply: 3
|
Isteri Dah Lari, Lelaki Gendong Anak Ke Sana Ke Sini Sambil Berniaga Roti Bakar
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di bandar Samarinda, wilayah Kalimantan Timur menyentuh perasaan netizen susulan klip video dia menggendong anak sambil berniaga roti bakar, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan paparan yang dimuat naik di laman perkongsian gambar Instagram, lelaki itu terpaksa membawa bersama anaknya kerana ditinggalkan isteri.
 Foto: IG
“Nama lelaki ini Sofian, kerjanya keliling kampung menjual roti bakar di Jalan Air Terjun, Pinang Seribu, Sempaja Utara dan Samarinda Utara.
“Dia terpaksa membawa anak yang digendong di belakang semasa berniaga kerana isterinya sudah lari meninggalkan keluarga,” tulis keterangan pada klip video itu.
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati atas nasib Sofian.
“Semoga rezeki tidak putus untuk dua beranak ini dan anaknya kekal kuat dengan dugaan hidup,” komen seorang pengguna media sosial.
Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 1,187 kali dan semakin bertambah. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Para juru promosi kondom dipohon mencemar duli.  |
|
|
|
|
|
|
|
indon jongos ni tak habis2 dgn berita dr tanah air .. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari.kaskus.co.id
Xlama lg indo bole claim cari forum ni heritage diorg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|