CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kedah] 'Tahu-tahu, bumbung rumah hilang'

[Copy link]
Post time 10-4-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Azuan membersihkan rumahnya yang dibasahi hujan lebat selepas ribut menerbangkan bumbung kediamannya dalam kejadian ribut di Kampung Landak Hilir, Kupang. - NSTP/SAFURI KAMARUDIN.

BALING: "Saya sedang solat Asar ketika hujan lebat dan ribut melanda. Tahu-tahu, bumbung rumah hilang diterbangkan angin.'

Selesai bersolat, warga emas, Fazilah Hasan, 64, terkejut melihat bilik dan ruang rumah dipenuhi air yang menyebabkan perkakas rosak dalam kejadian di Kampung Landak Hilir, Kupang, dekat sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketika kejadian, suaminya, Abd Rahim Taib, 70, dan anak, Muhammad Baihaqi, 25, berehat di ruang tamu.

Fazilah berkata, angin kuat melanda secara tiba-tiba, menyebabkan bumbung rumah tercabut dan hujan mencurah masuk hampir 30 minit.

"Ia kali pertama kami berdepan kejadian begini dan saya tak dapat sediakan juadah berbuka untuk keluarga, mujurlah ada jiran hulurkan makanan," katanya.

Mohd Azuan Salleh, 44, keluar ke Kupang membeli juadah berbuka puasa ketika hujan dan ribut melanda, manakala isterinya, Intan Nor Shafinaz Sidik, 34, bekerja di Kuala Ketil.

"Tak boleh nak kata apa. Balik tengok bumbung rumah 'hilang' dan perabot rumah rosak," katanya.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata sekurang-kurangnya 35 rumah penduduk di Pulai dan Kupang terjejas akibat kejadian ribut itu.

"Tiada kecederaan dilaporkan tetapi ada rumah penduduk mengalami kerosakan dan pokok tumbang menyebabkan laluan terhalang.

"Kos kerosakan dan jumlah sebenar rumah terjejas masih dalam proses pengiraan serta penilaian," katanya.

Semua mangsa yang terjejas turut menerima bantuan makanan yang diagih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling dan Pejabat Ahli Parlimen Baling.
https://www.bharian.com.my/berit ... umbung-rumah-hilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.279565 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list