CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar minyak masak gagal

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:44 AM | Show all posts |Read mode


SELUDUP: Anggota PPM berjaya menggagalkan penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

TAWAU: Sebanyak 240 botol minyak masak cuba di seludup ke luar negara berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Op Gelora, di kawasan perairan Log Pond, di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Ridzauddin Selamat berkata pasukannya mengesan sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Katanya, anggota PPM bertindak menahan bot yang dijuragani seorang lelaki tempatan tersebut untuk pemeriksaan dokumentasi dan barang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan menemukan 60 kotak mengandungi 240 botol minyak masak dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

“Juragan terbabit juga gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa minyak masak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, juragan dan barang rampasan termasuk bot jongkong berkenaan diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM48,400 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Ridzauddin berkata PPM Tawau terus komited menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan negara khususnya Tawau bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

“PPM Tawau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.

“Masyarakat persisir pantai diminta untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui aktiviti jenayah di sekitar mereka dengan menghubungi whatsapp PPM Wilayah Sabah di nombor 013-9391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060603 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list