CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1523|Reply: 17

Kos Haji Meningkat Kepada Lebih RM25 Ribu Untuk Seorang

[Copy link]
Post time 7-4-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 berbanding RM22,900 sebelum ini untuk seorang susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.


Peningkatan 12 peratus itu mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang telah dinaikkan daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan, tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan tahun ini.


Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji yang meningkat saban tahun disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah.


Foto: Kosmo




“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan namun setakat ini, TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.


“Selain itu, TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun. Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak sebanyak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH.


“Rekod TH menunjukkan RM2 bilion telah diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan seperti penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.


“Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari.


“Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai dan kadar inflasi di sana,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 03:51 PM | Show all posts
masih murah berbanding beli "tapak kubur yang selesa"
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau first time masih 9k lebih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:19 PM | Show all posts
Maseh ada syarat vaxin ke? Klu takde nak jgk buat rayuan g awal
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan kena buat sesatu ni kerana Semakin mahal lah nak jumpa dia.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran pn korang tetap pergi gak nk ckp apa kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 11:27 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 8-4-2022 01:03 AM

tak menghairankan pun sebab ini bila i baca BH hari Isnin 4th April , ade pakej umrah andalusia tu pun harga wow...ini pakej umrah ...dah memang harga dah > 7 K dah pun  tetambah kat hotel hotel dedekat tu memang dah 22 K RM. so memang tinggi harga sekarang  , ni baru umrah Ramadhan , lepas tu syawal murah balik...

cuma i pun tak tahu bagaimana TH nak uruskan tarikh tahun pi haji yg dah banyak back log ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 8-4-2022 02:24 AM

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ni dari dh lebih 10tahun dok dia je control bahagian Pengurusan haji Dan Umrah..tp xnmpk pon kemajuan yang ketara!

Makin beban makin mundur makin celaru ada laaa..


Bagila orang lain plak pegang..
Udah2 la tu..bpe byk kali nk pergi haji umrah free oiii..

Kerja ko dok takuk tu ja laaa pon..tiap taon pki skrip sama xhbs2..

Tahun 2020 2021 xde jemaah haji part kos tu dpt save pon LTH masih xbg pulangan memuaskan ye dakkk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 05:37 AM | Show all posts
Nk tny..klu ppuan peod camne eh masa haji? Lupa dah…dulu aku gi umrah amik injection…mmg xdtg la…tp hormon jd haywire…huhuhu…takut nk amik injection tu lg…dh daftar hj..mcm terasa nk buat haji…hidup ni singkat je pun…
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:38 AM | Show all posts
lurve82 replied at 8-4-2022 05:37 AM
Nk tny..klu ppuan peod camne eh masa haji? Lupa dah…dulu aku gi umrah amik injection…mmg xdtg la… ...

IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-36: HUKUM JIKA WANITA DATANG HAID KETIKA MELAKSANAKAN IBADAH HAJI PADA HARI ‘ARAFAHWAN AHMAD NAQIUDDIN  21 FEBRUARY 2020


Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artike ... ji-pada-hari-arafah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Bagi menjawab soalan ini, secara ringkasnya, haid dan nifas sebenarnya tidak termasuk dalam perkara yang ditegah dan halangan dalam berihram. Justeru itu, ia tidak menjadikan ibadah haji bagi perempuan tersebut rosak atau batal. Oleh itu, perempuan tersebut hendaklah terus melaksanakan ibadah wuquf di padang ‘Arafah dan menyempurnakan semua amalan-amalan haji baginya, selain daripada ibadah tawaf dan sa’ie sahaja.

Hal ini kerana ibadah sa’ie tidak dilakukan kecuali selepas daripada selesai melaksanakan tawaf. Manakala ibadah tawaf pula, syarat baginya adalah perlu suci daripada hadas kecil dan besar. Oleh itu, apabila perempuan tersebut telah suci daripada haid dan nifas, maka dia hendaklah mandi wajib. Apabila telah selesai mandi wajib, maka dia perlulah menyempurnakan ibadah tawaf dan sa’ie yang dia tangguhkan sebelum itu.

Walau bagaimanapun, jika sekiranya sucinya itu datang lewat, dan dalam masa yang sama, jika dia menunggu sehingga suci akan menyebabkan dia terlepas rombongan pulang atau tiket penerbangannya, maka dibolehkan baginya untuk melakukan ibadah tawaf dan saie. Maka, dalam keadaan demikian, dia dikenakan dam (denda) seekor unta dengan mengambil pandangan para ulama’ mazhab Hanafi. (Lihat rujukan berikut: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 1:232, Hasyiah Qalyubi Wa Umairah 2:124-125, Badai al-Sona’i 2:142, al-Mughni 3:458 dan Bidayah al-Mujathid 1:292)

Justeru itu, nasihat kami laksanakanlah haji mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW seperti dalam sabdaan-nya:

خُذُوا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ

Maksudnya: Ambillah daripadaku ibadah haji kalian.

Hadith riwayat al-Nasa’ie: (3062)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa haid dan nifas pada ketika hari ‘Arafah tidak merosakkan dan menjejaskan ibadah haji. Hal ini kerana haid dan nifas tidak termasuk dalam perkara yang ditegah dan halangan dalam berihram. Oleh itu, perempuan yang didatangi haid pada ketika hari ‘Arafah hendaklah menyempurnakan wuquf dan amalan-amalan haji yang lain baginya, selain daripada ibadah tawaf dan sa’ie. Ini kerana kedua-dua ibadah tersebut bergantung kepada syarat suci daripada hadas untuk melaksanakannya.

Jika sekiranya perempuan tersebut telah suci, maka hendaklah dia mandi wajib. Kemudian selepas daripada itu, hendaklah dia menyempurnakan tawaf dan sa’ie yang ditangguhkan sebelumnya. Namun begitu, jika sekiranya sucinya datang lewat dan dia risau terlepas rombongan pulang, maka dibolehkan baginya untuk melaksanakan tawaf dan sa’ie dengan disertakan dengan bayaran dam (denda) seekor unta bersandarkan kepada pandangan para ulama’ mazhab Hanafi.

Disamping itu juga, kami syorkan juga supaya merujuk keputusan muzakarah haji yang telah diputuskan dalam isu ini. Semoga pencerahan ini memberi kebaikan kepada kita dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya, serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

WaAllahu a’lam.


*Apa-apahal rujuk pada ustaz/ustazah pengiring


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:56 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 8-4-2022 08:59 AM

takkan la lebai nak menipu!

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:28 AM | Show all posts
esbok replied at 8-4-2022 08:38 AM
IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-36: HUKUM JIKA WANITA DATANG HAID KETIKA MELAKSANAKAN IBAD ...

ok faham..tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:50 AM | Show all posts
lurve82 replied at 8-4-2022 05:37 AM
Nk tny..klu ppuan peod camne eh masa haji? Lupa dah…dulu aku gi umrah amik injection…mmg xdtg la… ...

amek pill tahan period tu jer sis, Noculut namanya. iols aritu p umrah bulan feb aritu beli la buat standby, skali period awal.. syukur alhamdulillah. so Noculut tu tak trpakai langsung laa citenya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:53 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 7-4-2022 08:27 PM
Kalau first time masih 9k lebih kan?

hehh? ada ke? kalau camtu lama dah iols pegi kalau btul 9k+ tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:27 AM | Show all posts
Jgn risau harga naik.. bila sampai masa kita tu, Allah cukupkan ..ameen..doa doa doa.
Niat doa usaha iktiar tawakal. Menabung mana patut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ramai mcm nak kritik TH dan pengurusan atas kenaikan kos haji, kos haji ni negara Arab Saudi yg naikkan mengikut keadaan global semasa bukan TH yg suka suki naikkan...yg kefir laknat dlm forum ni pun sibuk hal2 agama org lain...podahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 04:58 AM | Show all posts
lasagna replied at 8-4-2022 10:50 AM
amek pill tahan period tu jer sis, Noculut namanya. iols aritu p umrah bulan feb aritu beli la bua ...

Oooo noculut namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:12 AM | Show all posts

yaa ejaan nya Norculut, sori salah spelling.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054445 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list