View: 1039|Reply: 3
|
Wanita Hamil Diceraikan, Suami Ada Skandal Tak Mengaku Anak
[Copy link]
|
|
Mana-mana wanita yang bergelar isteri apabila disahkan hamil, mereka pastinya mahu suami menjadi individu pertama yang berkongsi kegembiraan tersebut.
Pun begitu, malang bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Adibatul Khadijah apabila dia diceraikan sebelum sempat memberitahu suami mengenai dirinya yang sedang hamil dua bulan.
Menerusi temu bual wanita itu dengan Mstar, Adiba mendakwa mahligai bahagia yang dibina selama empat tahun musnah sekelip mata kerana perselingkuhan suaminya.
"Saya ada masalah haid tidak teratur. Jadi, dalam tempoh dua bulan tak period, saya berada di luar negara dan tiba-tiba sahaja rasa mual apabila terhidu bau makanan. Akhirnya saya buat ujian kehamilan dan sah mengandung.
"Jadi, saya ambil keputusan untuk buat kejutan pada suami. Apabila tiba di Malaysia, saya terus ke rumah ibu di Puchong manakala suami pula ada di Bangsar," katanya.
Sumber Mstar
Ketika berada di rumah ibunya, dia menerima panggilan daripada suaminya namun apabila dijawab, tidak ada balasan daripada lelaki itu.
Dia memutuskan panggilan telefon selepas mendengar suaminya bercakap dengan seseorang dalam loghat Sabah.
"Saya dengar dia cakap 'aku sayang kau bah'. Saya hairan dan putuskan talian telefon kemudian saya call dia semula. Sebaik saja saya tanya dia bercakap sayang dengan siapa, dia terus bergegas menemui saya.
"Dia akhirnya mengaku ada skandal. Bukan satu atau dua, saya sendiri tidak tahu berapa ramai sebenarnya. Kami akhirnya memilih pun berpisah," katanya.
Tambahnya lagi, pada saat suaminya melafazkan cerai ke atas dirinya, lelaki itu juga tidak mengaku bahawa anak dalam kandungan Adiba adalah anak kandungnya.
Sudah lama terdetik dalam hatinya bahawa lelaki yang dicintainya itu sebenarnya berlaku curang. Dia ada bertanyakan perkara tersebut kepada suaminya namun persoalan berkenaan tidak terjawab.
"Saya kemudian mengikut adik-adik ke Korea untuk mencuba nasib mencari pekerjaan di sana. Saya nekad berhenti bekerja sebagai CSR (Customer Service Representative) di sebuah syarikat di Petaling Jaya. Bagaimanapun, saya terpaksa pulang kerana alami morning sickness," katanya.
Walaupun kejadian itu berlaku pada 2017, namun parut luka lama masih berbekas di hatinya. Dia berkongsi kisah kehidupannya di TikTok agar dapat dijadikan iktibar buat ibu tunggal di luar sana.
Wanita yang menjalankan perniagaan ikan talapia salai itu hidup bahagia berdua dengan anaknya, Adriana Azzalea Muhammad Abrar yang berusia empat tahun. -CARI
Sumber Mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
memang style zaman sekarang masing2 buka pekung di dada, buka aib merata ye?
kita tau tu cerita tragis, tapi hal rumah tangga, biarpun dah berpisah, tak usah la di singkap lagi. tutup aib masing2 la. Allah dah tutup aib kita, kita pun tutup sekali la.
btw, elok la tu berpisah.
orang yang selalu curang ni, memang akan kantoi. cepat atau lambat je.
diorang yang musnahkan hidup sendiri, bukan pasangan yang jadi mangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adrif: memang style zaman sekarang ma ...
Happy betul dia cerita.. betul la benda dah lama pi canang buat apa la.
Kesian kat anak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btlla hadis Rasulullah saw..akhir zaman, Malu diangkat...yg tinggal kebodohan je.. msg2 tgk berlumba2 kongsi perkara yg xberapa nak elok, KONON ATS alasan supaya JD pengajaran...mmm sbnr nya ko membuka jln utk fitnah & mengumpat..bile org kutuk/ kecam..mulalah NK play victim..tahla dgn perangai manusia2 kini...ikut suka Ati ko la labu... abugittt.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|