View: 1049|Reply: 2
|
Hantar Kucing Grooming, Pemilik Kecewa Kuku Dipotong Sampai Berdarah
[Copy link]
|
|
Ada antara pemilik kucing yang lebih gemar menghantar haiwan berbulu peliharaan mereka ke 'salon' kucing yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti mandi, mengemaskan bulu serta memotong kuku.
Tuan kucing percaya, individu yang menjalankan perniagaan khidmat merapikan si manja itu sudah berpengalaman dan tidak akan menyebabkan kecederaan terhadap haiwan peliharaan mereka.
Bagaimanapun, seorang wanita yang menghantar kucing kesayangannya ke pusat merias haiwan kecewa apabila kucingnya dikembalikan dalam keadaan kukunya berdarah selepas dipotong.
Berkongsi video menunjukkan kuku kucingnya yang cedera, wanita tersebut berkongsi kisah itu menerusi TikTok memaklumkan dia menghantar dua ekor kucingnya untuk 'grooming' namun salah seekor daripada haiwan tersebut berdarah pada bahagian kukunya.
"Kami hantar Bobo dan Leelee pergi grooming tapi Bobo je yang luka kat dua jari. Leelee okey, alhamdulillah. Nak tidur semalam baru sedar.
"Nak grooming kat vet tapi di sini ada dua vet sahaja. Satu vet tak menyediakan perkhidmatan itu sedangkan yang satu lagi tak cukup staff. Terpaksa hantar kedai," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia mempercayai kedai tersebut mempunyai kepakaran merias kucing kerana boleh dikatakan agak kerap juga wanita tersebut menghantar kucing-kucingnya untuk dirias di kedai tersebut.
Sebelum ini, kejadian seumpama itu tidak pernah terjadi. Dia beranggapan individu yang memotong kuku Bobo berkemungkinan adalah pekerja baharu di kedai tersebut.
Wanita tersebut bagaimanapun lega melihat Bobo yang mempunyai selera makan seperti biasa.
"Saya yang tak dapat tidur lena sebab terbayang jari dia berdenyut. Nak cakap pula tak reti, dia tahan sajalah," katanya.
Menerusi hantaran baharu, wanita itu memaklumkan pihak pusat riasan haiwan itu sudah pun menghubunginya untuk meminta maaf.
"Benda dah selesai. Bobo mengamuk dan kebetulan staf baharu yang handle. Saya memang selalu hantar kedai itu dan servis memang terbaik," katanya.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang simpati dengan nasib kucing tersebut apatah lagi kuku adalah salah satu bahagian sensitif untuk haiwan berkenaan.
Malahan, ada juga yang meminta wanita itu mendedahkan nama pusat riasan tersebut agar perkara sedemikian tidak terjadi kepada pemilik kucing lain. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
It happened to my cats.. Balik dari grooming bulu dia ada darah.. Dah la kucing warna putih.. Bila I check kuku dia berdarah sebab potong terlalu pendek. Sekarang tak hantar tempat yang sama lagi.. I buat sendiri atau hantar ke tempat lain.. Nightmare okay.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kesiannya... msti sakit.. kite terpotong kuku lebih sikit pon da sakit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|