CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Kedah] RM1,000 untuk penjawat awam di Kedah

[Copy link]
Post time 6-4-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada semua peringkat kakitangan yang berkhidmat di bawah perkhidmatan awam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan pemberian bantuan berkenaan diputuskan pihaknya pada Mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas terbabit kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri itu.

"Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah hari ini, meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam Kedah berjumlah RM1,000 setiap seorang.

"Kelulusan ini akan membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan membabitkan peruntukan sebanyak RM5.35 juta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM307,500 sebagai bayaran bantuan khas kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK.

"Mesyuarat Exco juga meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK seluruh negeri membabitkan seramai 2,050 penerima dengan peruntukan sebanyak RM307,500.

"Bayaran kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK ini akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan masing-masing," katanya.

Difahamkan, semua pembayaran akan dibuat kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jawat-awam-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.077946 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list