CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6953|Reply: 124

Kantin Sekolah Tutup, Ibu Bapa Bukan Muslim Marah Sangka Anak Dipaksa Puasa!

[Copy link]
Post time 5-4-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Bagi memastikan anak-anak kecil dapat belajar berpuasa, kebanyakan sekolah mengamalkan polisi 'menutup kantin' sepanjang bulan Ramadan namun mereka yang bukan Islam mahupun berusia di bawah lapan tahun dibenarkan membawa bekal dan menjamah makan di ruangan lain yang telah disediakan.


Bagaimanapun, satu pemakluman mengenai perkara itu yang disebarkan kepada ibu bapa menerusi grup WhatsApp di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di ibu kota telah disalah tafsir sehingga mengundang pelbagai spekulasi selain disifatkan sebagai rasis.


Ia berikutan, pemilik akaun yang dipercayai ibu bapa murid di sekolah bekenaan tidak berpuas hati dan memuat naik status di Facebook miliknya sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.




Foto: via mStar




Antara ungkapan yang terselit dalam status tersebut adalah 'sekali lagi, saya bukan anti Islam atau Melayu... sayang semua'.


Malah terdapat juga beberapa pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan sekolah tersebut pada 4 April dan menyatakan perkara sama sering berlaku setiap tahun seolah-olah tiada jalan penyelesaian.


Difahamkan, rasa tidak puas hati itu timbul susulan sebaris ayat yang dikeluarkan sekolah tersebut menyatakan 'sekiranya anak tuan puan tidak berpuasa, harap dapat pastikan anak bersarapan di rumah sebelum datang ke sekolah. Bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan'.




Gambar Hiasan, Kredit Foto: AURA




Bagi mendapatkan kepastian, mStar menghubungi pihak sekolah berkenaan.


Menurut guru berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya, pemakluman tersebut ditujukan untuk murid Islam semata-mata selepas mengambil kira ramai murid yang berpuasa di dalam kelas.


"Ia tidak melibatkan murid Moral dan mereka ini ditempatkan di bilik makan khusus. Murid Islam yang masih kecil juga ditempatkan di bilik khas yang lain jika mereka tidak berpuasa dan kedua-dua bilik dengan pengawasan guru," jelasnya.


Malah, beliau menyatakan nombor telefon turut diletakkan dalam pemakluman tersebut supaya ibu bapa dapat berhubung dengannya jika mereka mempunyai keraguan atau inginkan kepastian berkaitan perkara tersebut.


Menjelas lanjut, ujar beliau, ayat 'bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan' membawa maksud minuman dari rumah boleh dibawa namun ia perlu diletakkan di dalam beg atau bekas makan supaya tidak dilihat oleh pelajar muslim yang sedang berpuasa.


Tambahnya, penjelasan lanjut juga telah dibuat selepas mendapati sebilangan ibu bapa tersinggung dan salah faham dengan pemakluman pertamanya.




Foto: mStar




"Mohon maaf sekiranya mesej yang saya sampaikan (awal) telah menyinggung perasaan atau telah disalah anggap sebagai racist. Info melatih murid-murid agar berpuasa saya tujukan khusus kepada murid-murid Islam sahaja dan tidak melibatkan murid bukan Islam.


"Murid bukan Islam kami tempatkan mereka makan bekal yang mereka bawa dari rumah pada waktu rehat di bilik pendidikan moral tanpa halangan dengan pengawasan guru bertugas.


"Harap penjelasan saya, menjawab persoalan yang ditimbulkan. Mohon maaf sekali lagi atas kekeliruan yang timbul," ujarnya sambil menambah pihak yang masih kurang jelas boleh menghubunginya dan dia sentiasa membuka ruang perbincangan kepada ibu bapa. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 10:44 AM | Show all posts
ayat general gitu, terasa la kawan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:51 AM | Show all posts
Aduh, anak2 yg bukan muslim nak kena walk on eggshells ke around the muslim children.  Bila dah besar patutlah rasa entitled sangat.  Masa iols sekolah rendah dulu, buka je canteen, yg puasa semua duduk kat surau or tidur dalam class.  Kalau iol parent non muslim children pun iol akan rasa di double standard kan.  Lps tu nurakazen meroyan pula bangsa lain tak mau hantar anak ke SK.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya nak hapuskan sekolah cina & tamil tapi kenapa buat undang2 taliban di sekolah kebangsaan?

Sekolah menengah i dulu takde pun tutup kantin masa bulan puasa...
Semakin melampau pulak ye sekolah zaman internet ni...

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:59 AM | Show all posts
pd aku biar le yg non  muslim ni nk makan ke minum ke terang ke tk terang ke.. ehhh kantin tu beso biar la dorg makan kt situ.. aku kecik2 dulu kantin on  je.. tk puasa p je makan.. bukan berdosa pun kalau ko tu budak! sekolah anak aku majority non.. muslim 2 ketul dlm class.. time rehat dorg lepak kt bilik khas utk main chess.. main dam... even surau pun ada utk solat zohor etc... tade pula anak aku komplen kawan makan dia stress ke.. eh eh.. didik anak dr rumah.. kt luar tk nyusahkan org..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah nak mendidik ke melatih?
Kalau sampai kantin pun kena tutup semata2 nak latih budak berpuasa.... Lemah le.. Tak cerdik tindakan tu..
Sebab bila kat luar sekolah, sana sini merata kedai, fastfood semua buka seperti biasa...

Ko nak latih manusia, benda yang tiada kaitan dengan agama la...
Kalau berkaitan agama, kita bukan latih tapi kita didik... Bagi budak2 tu faham betul2 rukun Islam & rukun Iman...

Amenda latih2 pakai tudung, latih puasa, latih solat.... Kelakar la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 11:04 AM | Show all posts
cmf_PariS replied at 5-4-2022 10:59 AM
pd aku biar le yg non  muslim ni nk makan ke minum ke terang ke tk terang ke.. ehhh kantin tu beso b ...

Betul ni.  As far as I can remember, masa I primary school dulu tak puasa aman2 je I makan kat kantin dgn budak2 yg lain.  Ustazah2/cikgu2 pun tak macam zaman sekarang punya yg shaming kan students.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:08 AM | Show all posts
non-bumi di malaysia kena paham, dah duduk di malaysia lama pun masih bodoh lagi...bulan ramadhan majoriti umat islam di malaysia berpuasa...sekolah2 kerajaan adalah tertakluk kpd peraturan kerajaan...whether you like or not, kena ikut...kalau tak suka, sila cari sekolah lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 11:09 AM | Show all posts
ooh my..kesiannya makan sorok2 pulak. mak budak pls teach your kids juga jgn provok agama org lain dan explain puasa hanya utk org islam dan jgn kacau agama org lain. perangai budak2 ni pun kadang..aku bole bayangkan diorg soksek budak bangsa lain makan pastu cakap 'ee tak malu makan bulan posa..kami posa tak bole tunjuk awak maka! wekkk!" ehh bukan budak je tau..orang tua pun ada masa kat pasar, macik tu sound india lady yg jual sayur beli air pastu ckp kuat2 eee tak malu tak pos..pastu tengok aku espect me to join her stupid joke. pfth
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:11 AM | Show all posts
BODOH ..TU JE BLEH CAKAP
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mai nak tengok announcement cikgu,  kadang2 cikgu buat ayat pun tak betul, org salah faham atau tak faham.

Sekolah anak saya very clear arahannya dan dapat point2 dgn jelas:
- sebagai latihan kpd anak2 muslim utk berpuasa
- pelajar tahap 1 tidak diwajibkan berpuasa, tp guru akan bekerjasama sekiranya ibu -bapa insist utk anak puasa penuh hari
- pelajar bukan muslim dan tahap 1 boleh bawa bekal masing2 dan semua bekal akan di simpan di bilik seni. Pelajar makan di bilik seni
-kanntin tidak beroperasi kerana tidak ramai pelajar yg makan sepanjang bulan puasa.

Tak der sapa pun complaint walaupun 30% of tje students are non muslim.
-
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:17 AM | Show all posts
masa i sekolah rendah dulu, kantin tak tutup (sebab bil student muslim: non muslim sama byk aja)..

time rehat, yg muslim jenis tenaga tak bertepi ni relax aja pergi kantin main, ada stay kt kelas tido..

kt kelas ada budak makan bekal pun relax aja iols hadap sambil membawang.. takde pula rasa terseksa..

duh..apani dh berpuluh tahun berlalu, mentaliti jadi kebelakang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:22 AM | Show all posts
Indonesia dengan 86,9 persen Muslim aja ndak separah ini peraturannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x bg buka kantin? Masa sekolah dulu bukak je kantin. Kalau budak tue pose takdelah dia nak gi kantin huhuhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:30 AM | Show all posts
pastu melolong suh tutup sekolah cina n tamil
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:30 AM | Show all posts
aku pernah kerja di negara kapir selamber badak je dorang slurppp2 depan aku di bulan romdan yang molia aku patut lempang ka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 11:32 AM | Show all posts
Friska replied at 5-4-2022 11:22 AM
Indonesia dengan 86,9 persen Muslim aja ndak separah ini peraturannya

setiap negara ada peraturan masing2...tidak perlu di banding-banding
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 5-4-2022 11:08 AM
non-bumi di malaysia kena paham, dah duduk di malaysia lama pun masih bodoh lagi...bulan ramadhan ma ...

Ada undang2 kantin sekolah kena tutup ke ipan?
Sebab kantin sek menengah anak i tak tutup pun bulan puasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:33 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-4-2022 11:30 AM
aku pernah kerja di negara kapir selamber badak je dorang slurppp2 depan aku di bulan romdan yang mo ...

pergi negara orang, ikut peraturan orang...simple
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:35 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 5-4-2022 11:33 AM
Ada undang2 kantin sekolah kena tutup ke ipan?
Sebab kantin sek menengah anak i tak tutup pun bula ...

terletak pd budibicara guru besar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list