CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Perlis] Ramai peniaga makanan di Perlis gagal pamer tanda harga

[Copy link]
Post time 4-4-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode

Norazah (bertudung dan bertopi serta berbeg silang) dan anggota KPDNHEP Negeri Perlis sedang meninjau dan melalukan pemeriksaan penandaan harga terhadap peniaga Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Ramai peniaga Bazar Ramadan di sekitar Perlis dilihat masih lagi tidak mempamerkan senarai harga barang makan yang dijual.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis Norazah Jaapar berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kebanyakan peniaga bazar Ramadan masih belum menunjukkan tanda harga makanan yang dijual di gerai mereka walaupun sudah memulakan operasi perniagaan mereka.

"Pada hari pertama Ramadan, kami mendapati ramai peniaga yang masih belum menyediakan penandaan harga yang bersesuaian berdasarkan makanan yang dijual oleh mereka.

"Kebanyakan alasan yang diberikan oleh daripada peniaga adalah gegantung yang ditempah mempamerkan harga makanan yang dijual oleh mereka masih belum siap dan hanya akan siap pada hari kedua atau ketiga puasa.

"Selain itu juga, ada peniaga yang baru pertama kali menyertai berniaga di bazar Ramadan tidak mengetahui bahawa penandaan harga makanan adalah suatu keperluan untuk berniaga memandangkan kawasan ini besar dan memerlukan satu tanda harga yang jelas untuk dipamerkan kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan dan pemeriksaan rambang di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya masih lagi berkompromi dan memberikan peluang kepada peniaga di bazar Ramadan untuk mempamerkan harga makanan yang dijual oleh mereka selepas ini.

"Tinjauan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kita adalah bertujuan untuk advokasi secara berhemah pada semua peniaga bazar Ramadan dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa kerana kita juga sedang melaksanakan Ops Pantau 2022 yang turut memantau bazar Ramadan di seluruh negeri ini.

"Buat masa ini, kita belum lagi mengeluarkan kompaun dan masih memberikan peluang kepada peniaga ini dalam tempoh dua hingga tiga hari untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mempamerkan harga makanan yang dijal mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain juga, Norazah berkata, berlaku sedikit peningkatan harga makanan di bazar Ramadan di Perlis terutama ayam percik disebabkan kos harga ayam mentah sehingga RM9.20 pada waktu ini.

"Jika dilihat perbandingan harga makanan yang berlaku pada tahun lalu dan tahun ini, ada berlaku sedikit kenaikan terutama membabitkan ayam namun begitu kebanyakan harga makanan masih tidak berbeza harga jualan berbanding tahun lalu.

"Kita boleh lihat ada kuih muih masih lagi dijual dengan kadar RM1 bagi tiga keping kuih selain air balang yang dijual dengan harga RM2 serta makanan lain iaitu nasi yama, laksa dan pelbagai bihun dan mi yang dijual dengan harga sama iaitu RM5," katanya.

Sementara itu, bagi seorang penjual ayam bakar madu, Izatul Nordin, 51 berkata, dia terpaksa menaikkan harga ayam percik seekor yang dijual sebelum ini dari harga RM20 kepada RM22 berikutan kenaikan harga ayam mentah di pasaran sekarang.

"Jika tahun lalu, saya menjual ayam bakar ini mengikut bahagian tertentu seperti seekor, sebelah dan sekerat dengan harga RM20, RM10 dan RM5, namun tahun ini saya terpaksa mengehadkan kepada penjualannya untuk seekor dan sebelah sahaja dengan harga RM22 dan RM11.

"Kenaikan ini terpaksa dibuat berikutan berlakunya kenaikan kos dari segi ayam mentah, arang yang digunakan untuk membakar ayam ini selain minyak masak yang digunakan," katanya.

Selain Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar, Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) juga turut menyediakan Bazar Ramadan Arau di tapak Pasar Baru Arau, Bazar Ramadan Kuala Perlis di tapak pasar malam lama Kuala Perlis dan Bazar Ramadan Padang Besar di Jalan Besar, Padang Besar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-pamer-tanda-harga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.558721 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list