CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Pulau Pinang] PPDNHEP P. Pinang periksa 109 premis hari pertama Op Pantau

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:27 PM | Show all posts |Read mode

SELAIN bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri, pemeriksaan oleh PPDNHEP Pulau Pinang turut dijalankan di kedai-kedai runcit, pasar pagi, pasar basah dan sebagainya bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

   
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 109 buah premis perniagaan di seluruh negeri ini telah diperiksa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri pada hari pertama Op Pantau 2022, semalam.

Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pemeriksaan itu dibuat bagi memastikan setiap premis yang beroperasi mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan oleh pihak kementerian.

Katanya, pemeriksaan melibatkan premis yang beroperasi di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar pagi, pasar raya, kedai-kedai runcit serta premis penjualan secara dalam talian.

Pada masa sama, katanya, pemeriksaan juga dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Operasi itu bertujuan memastikan keberadaan bekalan barang yang menjadi keperluan pengguna semasa bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri selain pemeriksaan dan pemantauan terhadap penandaan harga dan sebagainya bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua 109 premis-premis yang diperiksa itu mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga atau individu yang mengambil kesempatan menaikkan harga atau cuba menyorokkan barang kawalan semasa bulan Ramadan serta menjelang sambutan Aidilfitri.

“Tindakan tegas akan diambil dalam hal ini dan sebarang maklumat atau aduan dari orang awam berhubung aktiviti perniagaan yang tidak beretika ini juga amat dialu-alukan,” katanya.

Tambahnya, aduan boleh dibuat dengan menghubungi bilik gerakan PPDNHEP negeri di talian 04-3840245 atau hadir sendiri ke mana-mana 73 buah PPDNHEP di seluruh negara.

Selain itu ujar beliau, aduan juga boleh dikemukakan menerusi aplikasi Whatsapp  di nombor 019-2794317 atau melalui portal e-aduan kementerian. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... -pertama-op-pantau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.093300 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list