CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Sarawak] Masjid tertua di Sarawak dibuka kembali

[Copy link]
Post time 3-4-2022 08:01 AM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar menunjukkan kepada media pintu berbentuk seperti pintu Masjid Nabawi siap dipasang di Masjid Al-Qadim Sibu menjadi salah satu keunikan masjid tersebut.

SIBU: Setelah ditutup selama hampir lima tahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemuliharaan, masjid tertua di Sarawak, Masjid Al-Qadim Sibu dibuka kembali pada Ramadan ini untuk solat terawih.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee berkata beliau mencadangkan pembukaan masjid itu pada 10 malam terakhir Ramadan.

"Ini (tarikh pembukaan) hanya cadangan saya sahaja, tetapi tarikh muktamad kita maklumkan dalam masa terdekat setelah berbincang dengan jawatankuasa Masjid Al-Qadim dan kontraktor.

"Mengapa 10 malam terakhir Ramadan? Kerana pada masa itu kebiasaannya jemaah semakin berkurang di masjid-masjid. Jadi, saya mencadangkan inisiatif ini untuk mengimarahkan masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

"Namun, saya memberi jaminan masyarakat Sibu boleh berterawih di masjid tertua di Sarawak pada Ramadan kali ini.

“Tunggu beberapa hari lagi, kita maklumkan," katanya kepada pemberita ketika melawat Masjid Al-Qadim di sini hari ini.

Menurut Dr Annuar, ramai bertanya sama ada masjid berusia lebih 180 tahun itu boleh digunakan untuk solat terawih pada tahun ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu tidak menolak kemungkinan berlaku kesesakan jemaah apabila masjid itu dibuka untuk solat tarawih nanti.

"Kalau terlalu ramai, mungkin kita menggunakan sistem penggiliran bagi mengelak kesesakan.

“Jika tiada solat terawih, kita juga boleh adakan solat lima waktu di sini," jelasnya.

Oleh itu, beliau berharap apabila dibuka nanti jemaah dapat menunaikan solat terawih mereka dalam keadaan selesa dan tenang.

"Apabila siap masjid ini dilengkapi dengan pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada jemaah, sistem suara berkualiti tinggi kita pasang membolehkan suara imam didengari dengan jelas," katanya.

Beliau berkata, masih berunding dengan Majlis Islam Sarawak (MIS) tentang sama ada solat Jumaat dapat diadakan di Masjid Al-Qadim.

Katanya, susulan jarak sangat dekat dengan Masjid An-Nur Sibu iaitu kurang dari 200 meter beberapa perkara perlu diberi perhatian.

"Saya masih berunding, bagaimana cara terbaik kita mengadakan solat Jumaat di sini.

"Kita sedia maklum kawasan ini sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan, tetapi solat lima waktu memang diadakan di masjid ini selepas kita mulakan dengan solat terawih," jelasnya.

Terdahulu, Dr Annuar mengajak rakan media melawat Masjid Al-Qadim di sini bagi menerangkan status terkininya.

Beliau menunjukkan sebahagian besar kerja-kerja pemuliharaan menelan belanja kira-kira RM2.2 juta hampir selesai merangkumi lantai, bumbung, dinding, menara melaungkan azan, pemasangan pintu berbentuk seperti pintu Masjid Nabawi dan lain-lain.


utusanborneo.com.my/2022/04/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list