Yassin Sulaiman tiba di Kompleks mahkamah untuk didakwa.
Yassin Sulaiman disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Dia tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi diiringi anggota polis.
Kosmo melaporkan, dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen.
Foto: Kosmo
Seebelum ini suspek yang berusia 47 tahun ditahan pada pukul 5.30 petang itu selepas bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan.
Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.
“Turut dirampas satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED serta satu alat menyiram tanaman."
Dalam bilik pertama, dijumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.
Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.
Suspek mempunyai sejarah terlibat penagihan dadah lebih kurang 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan. -CARI
Post time 31-3-2022 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tengok hidung berair Yasin tu...rasa kesian Dan sedih pula..bau dlm sel lokap tu hancing bacin lepas tu busuk namatey gigi sume xgosok baju tak tukar..pastu kalau betulla family dia dh cuba sedaya upaya utk pulihkan dia tp dia xnk..then selamat menyambut Ramadhan Kareem di dalam lokap sampai tarikh bicara
Cepatnya segala speku diberikan. Cepatnya hukum. Pernah dgr ke ganja tu boleh dijadikan ubat. Tanam dalam pasu kat umah je pun. Rileks ar dulu...minum kopi ke.. makan cekodok dulu ke.. haha
Post time 31-3-2022 12:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Normabaru at 31-3-2022 02:08 PM
Prickford replied at 31-3-2022 01:42 PM
Laki iolls penah masuk lokap sebab langgar SOP. Sanggup tahan kencing & berak tunggu iolls datang ...
Astaga dik prick..ape laki ko buat..geng2 jahlop dgn puyu meLangkawi ka?
Nway busuk bacin tu kaka sedih sbb rata2 Islam Muslim tp lokap pon bau najis..cmne la nk solat..patutnya bersihkanlah dgn kerap.rasuah laju..bab bersih xlaju..hmm
Btw kaka Pon suka bau prickford..tenang je..rasa best..hehehe
Post time 31-3-2022 12:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat kawan aku kat um dulu girlfriend yassin ni.Kawan aku playgirl pasang 2,3 boyfriend & tudung on off.Bila jumpa Yassin aje pakai.Naik kesian kitaorang kat Yassin sebab dia baik & warak dulu.Kawan aku sampai sudah single & Yassin lak kepala dadah rupanya