CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Kedah] Kalau jual tanah nak duduk mana?

[Copy link]
Post time 30-3-2022 04:31 PM | Show all posts |Read mode


Langkawi: Penduduk pulau peranginan ini diingatkan agar tidak terlalu ghairah menjual tanah diwarisi daripada keluarga semata-mata mahu menjadi jutawan segera.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, sebaliknya penduduk seharusnya mengusahakan sendiri tanah milik mereka bagi memperoleh keuntungan berkekalan.

"Penduduk Langkawi jangan jual tanah, kalau tanah sudah terjual, nak duduk di mana? Dalam laut atau dalam hutan?

"(Jika) Tanah yang (dimiliki) kecil, ia boleh dijadikan besar kalau dicantum melalui penubuhan koperasi, seterusnya diusahakan projek berskala besar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyampaikan sumbangan bakul Ramadan kepada 20 penerima di Masjid Nur Al Naim, Jalan Makam Mahsuri.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mengakui, permintaan dan nilai pasaran tanah di pulau bebas cukai itu kini meningkat berlipat kali ganda berbanding era 70-an.

"Sebelum (Langkawi) jadi pulau bebas cukai, serelung (0.3 hektar) tanah cuma RM200 sahaja, sekarang satu kaki (0.3 meter) sudah RM5 dan kalau jual tanah satu ekar (0.4 hektar), mereka boleh jadi jutawan.

"Tetapi kalau dia simpan tanah, (kemudian) buat bangunan, projek penternakan atau pertanian, nilainya akan naik dan tidak hilang punca pendapatan, malah boleh diwarisi kepada anak dan cucu," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas masa depan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinannya selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Mahathir berkata, pihaknya komited untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

"Kalah kat Johor (kerana) kita tak ada duit, orang lain semua bagi duit, bila kita telefon orang minta undi Pejuang, dia tanya berapa nak bagi?

"Kita (Pejuang) kata tak boleh bagi apa pun, kita tak ada duit, tapi kita berjuang untuk bangsa dan negara... (jadi) dia tak undi kita," katanya yang juga Pengerusi Pejuang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068089 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list