CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Kedah] Orangnya kecil tapi jasanya besar!

[Copy link]
Post time 29-3-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Azmi ketika zaman kegemilangan sebagai atlet (kiri). Azmi kini menjadi penghantar makanan.

Jitra: Walaupun cuma bertubuh kecil, lelaki ini pernah mewakili negara dalam acara angkat berat termasuk menyumbang pingat gangsa dalam Kejohanan Remaja Asia (Asia Youth Game) pada 2013.

Bagaimanapun, detik manis itu kini tinggal kenangan selepas Mohd Azmi Aziz Asipun, 27, yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori fizikal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan angkat berat, empat tahun lalu.

Mohd Azmi yang menetap di Kampung Paya Tok Kiong di sini, berkata, kariernya berakhir selepas kontraknya tidak disambung dan anak sulung daripada empat beradik itu kini mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Menurutnya, pekerjaan itu dilakukan sejak lebih sebulan lalu selepas berhenti kerja di sebuah pasar raya.

"Saya menetap di Kampung Pandan, Kuala Lumpur ketika bergelar atlet dan pulang ke kampung selepas tamat kontrak.

"Ada beberapa pekerjaan pernah saya lakukan selepas tidak bergelar atlet antaranya bekerja sebagai penghantar barangan di sebuah syarikat kurier dan pembantu dekat pasar raya.

"Kini, saya jadi penghantar makanan pula dan seronok juga kerana waktu kerja agak fleksibel," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohd Azmi, sepanjang bekerja sebagai penghantar makanan, dia pernah bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan.

Katanya, pelanggan menerimanya dengan baik, malah dia tidak pernah berdepan pelanggan yang menguji kesabaran.

"Buat masa ini, kerja saya berjalan lancar dan baik saja. Tiada pula jumpa pelanggan yang bukan-bukan.

"Dalam sehari, saya boleh meraih pendapatan sebanyak RM70 hingga RM80, bergantung kepada bilangan pesanan.

"Selain kegunaan untuk perbelanjaan diri, hasil pendapatan itu juga saya gunakan bagi membantu emak dan ayah yang tinggal bersama," katanya.

Di sebalik kemanisan, Mohd Azmi juga tidak lari daripada berdepan cabaran ketika menunggang motosikal sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

"Dua minggu lalu, saya baru terbabit dalam kemalangan apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain. Mujurlah saya selamat dan masih dipanjangkan usia oleh Allah.

"Apa yang berlaku itu saya ambil sebagai pengajaran malah buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berhenti atau kembali menjadi atlet," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051572 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list