CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1070|Reply: 5

Chris Rock dilempang ejek rambut botak isteri Will Smith

[Copy link]
Post time 28-3-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Will Smith (kanan) naik ke pentas dan menampar Chris Rock dalam siaran langsung Academy Awards kerana mempersendakan kepala botak isterinya, Jada.

Chris Rock dilempang ejek rambut botak isteri Will Smith

MEMPERLEKEHKAN kondisi kepala botak isteri Will Smith iaitu Jada Pinkett yang mengalami masalah Alopecia atau keguguran rambut, pelawak Chris Rock dilempang pelakon tersebut dalam acara Academy Awards.

Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada mempunyai potensi untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin.

Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan melempang Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celoparnya.




Disebabkan insiden tidak dijangka tersebut, siaran langsung Academy Awards yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies (Astro 413) tergendala seketika di Malaysia.

“Tolong jangan sebut nama isteri saya di celopar kamu,” teriak Will atau nama lengkapnya, Willard Carroll Smith II selepas tangannya ‘terbang’ di wajah Chris.

Sekadar info, isteri Will, iaitu Jada menderita masalah keguguran rambut kronik atau alopecia yang didedahkan kepada umum sejak hujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... -isteri-will-smith/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
at first aku ingatkan scripted tapi lepas tampar time commercial break nampak tyler perry dok pujuk dia. pastu katanya will smith cam nangis sikit. what a tasteless joke
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
So org malaysia pon sma should learn the lesson ... Org tu botak sbg masalah personal .. hence dont go and make a joke about it.   

Klu dia saja saja nak fesyen botak ..aku rasa will pon x marah.. ni  macam penyakit kot .. adehh laaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 12:06 AM | Show all posts
adelea replied at 28-3-2022 09:54 PM
So org malaysia pon sma should learn the lesson ... Org tu botak sbg masalah personal .. hence dont
tu ahh buat lawak tak kena tempat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergendala ke semalam? ioll tgk siap dengar cuss word dia lagi hahaha. Cuma part kevin costner je tergendala apooo
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk kt page hollywood semua kutuk will smith ni hahaha nampak heolls gelak sekali dgn joke chris rock tu, sekali bini dia jeling terus bangun kasi penampor
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.103477 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list