CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Pulau Pinang] TalentCorp bantu padan bakat graduan dengan keperluan majikan wilayah utara

[Copy link]
Post time 28-3-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode

Thomas Mathew (dua dari kanan) bersama wakil agensi dan industri pada majlis perasmian pejabat baharu pusat MYXpats dan TalentCorp di Bayan Baru, hari ini. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFLI

GEORGETOWN: Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) akan menjadi penghubung kepada majikan dalam pembangunan ekosistem bakat di utara Semenanjung, termasuk membantu industri di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dijangka menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew, berkata inisiatif itu akan diusahakan melalui cawangan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia itu bersama pusat perkhidmatan ekspatriat, MYXpats di Bayan Baru, di sini, cawangan pertama di wilayah utara dan pertama di luar Lembah Klang.

"TalentCorp bakal berperanan menjadi penghubung kolaborasi kepada majikan dalam pembangunan ekosistem bakat di utara negara bagi membantu pemain industri di NCER yang dijangka menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu.

"Sejak tujuh tahun pembukaan pejabat TalentCorp di Pulau Pinang, kami sentiasa berusaha mewujudkan rangkaian dan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam sektor awam mahupun swasta.


"Selain kerjasama dengan pemain industri utama di Pulau Pinang dan Kedah, TalentCorp juga menjalin kerjasama dengan pihak akademia di ketiga-tiga negeri NCER, termasuk Perlis," katanya selepas merasmikan pejabat baharu TalentCorp di bangunan One Precinct, Bayan Baru, hari ini.

Jalinan kerjasama itu termasuk dengan agensi negeri seperti Invest Penang, Invest Kedah dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), selain dengan industri dan akademia seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kedah dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Thomas berkata, operasi MYXpats di negeri ini bertujuan menambah baik masa pemprosesan dalam perkhidmatan di wilayah utara seiring hasrat TalentCorp mengukuhkan kedudukannya dalam menyediakan perkhidmatan kepada syarikat yang memerlukan maklumat dan bantuan serta membantu mereka sehingga berjaya.

"Peranan TelentCorp ialah membantu graduan di wilayah ini mendapatkan kerja dan pada masa sama, kita bekerjasama dengan akademia supaya mereka mempersiapkan graduan masing-masing dalam kebolehpasaran diperlukan industri.

"Keperluan graduan dalam bidang pekerjaan pada masa kini, khususnya ketika pandemik COVID-19 tidak tertumpu atau terhad kepada industri tertentu sahaja, malah kesemuanya (graduan) mempunyai peluang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.083832 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list