CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 1

27 peratus wanita di seluruh dunia mangsa keganasan domestik

[Copy link]
Post time 26-3-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode

MENURUT penyelidik, pandemik Covid-29 mungkin meningkatkan lagi isu keganasan terhadap wanita di seluruh dunia. - Wion

27 peratus wanita di seluruh dunia mangsa keganasan domestik

OTTAWA, Kanada – Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan, The Lancet mendedahkan bahawa satu dalam setiap empat atau sekitar 27 peratus wanita di seluruh dunia menjadi mangsa keganasan pasangan masing-masing sebelum usia mereka mencecah 50 tahun, lapor laman berita Wion News semalam.

Kajian oleh pasukan penyelidik Universiti McGill dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu melibatkan lebih 2 juta wanita di 161 buah negara.

Sebagai tambahan, kajian sama menunjukkan tahap keganasan yang tinggi berlaku terhadap wanita muda. Kira-kira 24 peratus daripada mereka yang berusia antara 15 hingga 19 tahun melaporkan pernah menjadi mangsa keganasan domestik sepanjang hidup mereka.

Pasukan penyelidik berkenaan berkata, walaupun jumlah itu membimbangkan, skala keganasan sebenar mungkin lebih tinggi memandangkan kajian itu berdasarkan pengalaman yang dilaporkan sendiri oleh mangsa.

Sesetengah wanita mungkin keberatan untuk melaporkan pengalaman mereka kerana stigma masyarakat, jelas mereka.

“Keganasan oleh pasangan terhadap wanita termasuk penderaan fizikal dan seksual melibatkan suami, teman lelaki dan pasangan lain. Ia sangat berleluasa di dunia,’’ kata profesor di Universiti McGill, Maheu-Girox.

Menurut penyelidik berkenaan, terdapat perbezaan dari segi keganasan antara negara berpendapatan tinggi dan rendah.

“Secara keseluruhan, penyelidikan kami menunjukkan bahawa kerajaan tidak berada pada landasan yang betul untuk memenuhi sasaran global dalam menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Satu perkara penting adalah walaupun di sesetengah negara berpendapatan tinggi, keganasan terhadap pasangan adalah agak tinggi. Ini memerlukan pelaburan dalam pencegahan di peringkat tempatan dan global,’’ kata Maheu-Girox lagi. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... keganasan-domestik/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 05:41 AM | Show all posts
Never stay in an abusive relationship.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055313 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list