Viral di media sosial berkenaan pelajar tahun 1 yang dipulaukan kerana tidak mampu membeli beg harga kayangan.
Namun, apabila beberapa individu membuat hantaran yang sama mengenainya tetapi menggunakan gambar berbeza ia telah menimbulkan keraguan bahawa ia bukan merupakan kisah benar.
Perkara ini didedahkan oleh ahli motivasi terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi hantaran Facebooknya.
Kredit Foto - Facebook Akhi Fairuz Al Jengkawi
Beliau turut berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang mendakwa gambar beg tersebut merupakan gambar yang miliknya yang telah digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk memancing simpati orang ramai.
Kredit Foto - Facebook Akhi Fairuz Al Jengkawi
Pada masa kini ramai sanggup berbuat apa sahaja demi meraih perhatian menjadi popular.
Apapun menurut Akhi Fairuz, jika salah satu dari penulis tersebut membawa kisah yang benar, malang sekali pemikiran begini ada dalam jiwa anak kecil.
Lebih malang lagi, ada juga yang suka membanding-bandingkan perkara lain seperti jenis kereta ibu bapa atau bersikap rasis dengan warna kulit yang berbeza.
Anak kecil ibarat kain putih. Ketahuilah ini semua acuan orang dewasa yang diikuti oleh anak tanpa sedar. -CARI
|