CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1936|Reply: 22

Akak Naik Kereta, Buat Apa Rembat Helmet Orang Tu?

[Copy link]
Post time 25-3-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita kantoi mencuri sebuah topi keledar di hadapan sebuah pasar raya apabila tindakannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).


Video tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Cik CT yang berharap pencuri berkenaan memulangkan semula topi keledar milik pekerjanya.




Kredit foto: FB




Menerusi video pendek dikongsi, kelihatan seorang wanita berjalan keluar menuju ke keretanya sambil membawa barang yang dibeli dari pasar raya berkenaan.


Selepas menyimpan barang-barang tersebut di bahagian belakang dia kembali ke bahagian depan pemandu.








Namun, selepas beberapa saat masuk ke dalam kereta, dia tiba-tiba keluar dan ‘mengambil’ topi keledar berwarna putih yang diletakkan pada sisi cermin motosikal berkenaan.


Ekoran itu, pengguna Facebook berkenaan meminta individu terbabit memulangkan semula topi keledar berkenaan sebelum aksinya itu ditularkan.







Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan info lanjut mengenai kejadian ini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.




Sumber: OHBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin akak tu terlupa nyanyuj yang dia sebenarnya bawa kete bukan moto
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat stok ni. Katanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 03:55 PM | Show all posts
jenis orang pantang nampak semua dia rembat..
tak kira la benda tu berguna atau tak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 03:58 PM | Show all posts
Dah masuk kereta baru dia rembatkan mesti dia sempat call sapa2 tanya nak helmet ke tak.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:36 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-3-2022 03:58 PM
Dah masuk kereta baru dia rembatkan mesti dia sempat call sapa2 tanya nak helmet ke tak.

hg punya csi cenggini.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak masuk lumba rally dakar ke?

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 05:30 PM | Show all posts
dasar pencopet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 25-3-2022 05:42 PM

Iols ada kawan mcm ni..
Suka citer dia murah rezeki, jumpa wallet la, payung la, bag penuh perfume la..
Padahal i rasa asal ada kesempatan rembat je camni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bangsa kalau pegi conference or exhibition segala benda yg ada dia akan mintak rembat..kalau offer gula2 or pen bukan reti ambik satu tapi satu genggam terus
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti laki dia tak bagi nafkah terpaksa la mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat pape skang ni jaga2 uii, kamera merata2...simpan je laa habit suka merembat mencuri tu...malu ke anak cucu nti
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:50 PM | Show all posts
sebab itu lah kita perlu hudud potong tangan pencuri overweight terlebih makan ni



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak2 tudung buat hal lagi ke nak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 09:26 PM | Show all posts
Jenis pandai merembat dr kecik. Asal nampak peluang,patu bwk sampai ke tua. At least dia bertudung yer dak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis biasa buat ke nie
Klo org x biasa buat xde nye tgok helmet terpikir nk rembat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 10:08 PM | Show all posts
Jeniss betuna garitt suka mencurii ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku benci haiwan jenis mcm ni.
Kang kata binatang, ckp kasar sgt plk.
Haiwan jenis gini, akan sifatkan diri diorang ni murah rezeki, selalu dpt rezeki terpijak, diluaskan rezeki, rezeki depan mata, mcm2 lagilah
Padahal dia tak sedar, Time2 gini, dia tgh diuji iman dia. And every time dia ambik, iman dia gagal.
So pathetic org mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:32 PM | Show all posts
acik gundu lapar helmet
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah tgok satu video, pwngelap cermin kat stesen minyk pun dirembat.. asalkan dpt mencuri kekdahnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.119985 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list