CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1874|Reply: 1

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 disambut ringkas, sederhana

[Copy link]
Post time 25-3-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-3-2022 01:43 PM

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 disambut ringkas, sederhana

Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Suzalina Halid - Mac 25, 2022 @ 10:40am  bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, sambut secara ringkas dan sederhana dalam mod pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir sebagai tetamu kehormat utama dalam sambutan kali ini yang mengekalkan tema sama 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sambutan dimulakan dengan pasukan kawalan kehormatan masuk ke dalam medan perbarisan, sebelum panji-panji utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarak masuk mengambil tempat.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat, sebelum acara dilengkapkan perbarisan lintas hormat 102 anggota kawalan kehormatan utama dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM.

Perbarisan diketuai Deputi Superintendan Mohd Zulfadly Zulkifli dibantu Asisten Superintendan Mohd Shafiq Ghazali bersama pegawai pembawa panji-panji, Inspektor Mohd Farid Mohd Anuar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam ucapannya berkata, seluruh warga PDRM memperbaharui sumpah taat setia kepada raja dan negara serta berikrar memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus terpelihara sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 hari ini.



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

"Seluruh warga PDRM akan melaksanakan tugas secara profesional dan terus memperkasakan integriti demi mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Selain itu, sentiasa 'Sedia Berkhidmat' dan berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul tanggungjawab dan amanah bagi memelihara keselamatan masyarakat dan keamanan negara" katanya.

Beliau berkata, selari dengan kehendak Akta Polis 1967, PDRM akan terus komited dalam mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam negara.

"Dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah meluluskan perolehan aset dan peralatan seiring dengan kemajuan teknologi terkini kepolisan moden.

"Saya mewakili PDRM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan dan KDN yang amat prihatin akan keperluan PDRM," katanya.



Acryl Sani berkata, kerajaan juga memperuntukkan dana yang besar untuk kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan warga PDRM yang berkhidmat serta seisi keluarga, di samping pesara polis.

Pada majlis itu, Hamzah turut menyampaikan sijil Anugerah Integriti PDRM sebagai penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada pegawai, anggota polis serta kakitangan awam yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik.


Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. - Foto NSTP/Aswadi Alias












Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2022 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.383146 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list