CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Perlis] PRU15: UMNO Perlis bakal pertaruh calon muka baharu

[Copy link]
Post time 24-3-2022 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Azlan

KANGAR - UMNO Perlis bakal menampilkan kombinasi calon muka baharu terdiri daripada peringkat umur pertengahan dan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Azlan Man berkata, pihaknya bersetuju bagi menampilkan calon muka baharu mengikut kombinasi peringkat umur berkenaan memandangkan ia penting bagi meneruskan kesinambungan parti itu dari segi pemikiran dan sebagainya.

"Selain itu, calon yang bakal bertanding atas tiket UMNO nanti seharusnya berkelulusan dan mempunyai wawasan, amanah serta ikhlas apabila diberi tanggungjawab sebagai pemimpin kelak. Mereka harus berkhidmat untuk rakyat, bukannya atas kepentingan diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau yang juga Menteri Besar Perlis berkata, calon berkenaan juga seharusnya mengikut acuan 'Wali' iaitu 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) serta 'likeable' (disenangi) sepertimana ditetapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini."

Tambah Azlan, melalui perubahan itu, kepimpinan tertinggi parti sememangnya amat peka dengan tuntutan rakyat negara ini dan ingin melihat reformasi berlaku dalam PRU15 nanti.

"Pada PRU14, kami menampilkan 80 peratus calon muka baharu di Padang Besar, begitu juga Arau dan Kangar. Malangnya ada calon muka baharu ini yang tewas dan untuk PRU15 nanti saya berpandangan kami harus kemukakan calon yang berkebolehan dan mempunyai potensi untuk memimpin," katanya.

Azlan berkata, buat masa ini beliau masih belum menetapkan secara khusus calon yang bakal diketengahkan dalam PRU15 nanti. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... h-calon-muka-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.076200 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list