Siapa yang tidak mengenali Angkasawan negara kita iaitu Dr Sheikh Muszaphar. Kepada peminat yang mengikuti kemas kini Dr Sheikh di media sosial semestinya akan suka dengan cara beliau mendidik anak-anak ditambah lagi dengan tip kekeluargaan yang sering dikongsikannya.
Sumber: Facebook Dr Sheikh Muszaphar
Untuk pengetahuan semua, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya iaitu Dr Harlina dikurniakan enam cahaya mata. Yang menjadikan keluarga ini unik adalah empat daripadanya merupakan kembar.
Beberapa hari lepas, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik satu posting di Facebook, memberitahu bahawa sejak dari dahulu lagi beliau memang suka dengan keluarga besar dan berhasrat untuk memiliki ramai anak.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, sebelum mahu memiliki ramai anak, beliau perlu meyakinkan isterinya kerana Dr Harlina yang akan mengandung dan melahirkan zuriat Dr Sheikh Muszaphar.
Oleh itu, beliau menyenaraikan beberapa tip untuk lelaki di luar sana yang menginginkan keluarga besar.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengatakan bahawa tip yang dikongsikan Dr Sheikh Muszaphar ini sangat sweet dan sangat menyebelahi pihak wanita di mana salah satu tip itu adalah Dr Sheikh Muszaphar akan menyelesaikan semua perkara di dalam rumah dan isterinya hanya perlu berehat sahaja.
Sumber: Twitter
Namun, lain pula ceritanya untuk warga Twitter. Rata-rata netizen di platform ini merasakan perkongsian beliau seakan-akan ingin memanipulasikan isterinya dengan cara yang 'toksik'. Apa pendapat pembaca di CARI? - CARI |