CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1933|Reply: 0

45,402 anggota, pesara PDRM terima pingat PJPN

[Copy link]
Post time 21-3-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode
45,402 anggota, pesara PDRM terima pingat PJPN
| | 21 Mac 2022


Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zaini Jass (empat, kiri) dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop (empat, kanan) bergambar bersama sebahagian penerima anugerah pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan di sebuah resort, pada Isnin. - Foto Bernama


SEREMBAN - Seramai 45,402 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pelbagai pangkat termasuk pesara di seluruh negara dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), kata Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.


Beliau berkata, penganugerahan itu merangkumi 16,421 anggota PDRM yang masih berkhidmat dan 28,981 pesara polis sebagai penghargaan atas pengorbanan serta bakti mereka kepada negara.


Katanya, daripada jumlah itu, 12,981 anggota yang masih berkhidmat dan 13,530 pesara telah dianugerahkan pingat berkenaan.


"Bagi Kontinjen Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur penganugerahan telah selesai, selepas ini Kelantan dan Johor pada 30 Mac, manakala Sarawak sedang mendapatkan tarikh bersesuaian


"Penganugerahan ini tidak mengira pangkat dengan Deputi Superitendan merupakan kategori tertinggi," katanya selepas Majlis Istiadat Penganugerahan PJPN Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop di sini, pada Isnin.


Zaini berkata, secara keseluruhan bagi kontinjen negeri ini, penerima PJPN yang masih berkhidmat terdiri daripada seorang pegawai Asisten Superitendan, Sub Inspektor (enam), Sarjan Mejar(15), Sarjan (56) dan Koperal (21).


Sementara itu, seorang pesara polis Sharudin Yusof, 73, menyifatkan penganugerahan tersebut adalah hadiah istimewa setelah meninggalkan pasukan beruniform itu 26 tahun lepas.


"Pengalaman bersama PDRM tidak akan saya lupakan terutama ketika bersama Pasukan F Cawangan Khas PDRM yang pernah menjadi 'senjata sulit' negara untuk menangani pemberontakan komunis.


Ketika itu saya terbabit secara langsung sebagai perisik dengan menyalurkan maklumat mengenai komunis kepada pihak berkuasa dan tiada siapa tahu kewujudan unit kami yang dikenali sebagai 'Pasukan F’," katanya yang menyertai PDRM pada 1969.


Sharudin berkata, tugas terakhirnya adalah di Unit Cawangan Khas dengan pangkat Koperal sebelum bersara pada 1996. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -terima-pingat-PJPN
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


PDRM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056144 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list