CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Sabah] Tuaran TSV dan NABT KK menang selesa

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode


KENINGAU: Tuaran TSV dan NABT Kota Kinabalu menang selesa perlawnan pertama masing-masing pada Kejohanan Bola Sepak Mixvet Piala KDM Malaysia 2022 di sini pada Sabtu dan Ahad lalu.

Tuaran TSV menang 4-1 ke atas JJFC Tenom dalam saingan Kumpulan D pada Sabtu manakala NABT Kota Kinabalu menewaskan KDM Penampang 3-0 dalam saingan Kumpulan C pada Ahad.

Keputusan itu menyaksikan Tuaran TSV dan NABT Kota Kinabalu mendahului carta kedudukan kumpulan masing-masing.

Satu lagi perlawanan dalam Kumpulan D antara TB Mixvet Keningau dan Kepayan FC pada Ahad pula terpaksa ditunda ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Perlawanan yang berlangsung di padang Kg Minawo Keningau itu hanya berlangsung empat minit sebelum pengadil menghentikannya disebabkan hujan lebat dan petir serta padang becak dan berair.

Keputusan perlawanan lain pula menyaksikan Pansiangan menang 2-1 ke atas Deep Borneo Keningau (Kumpulan C) manakala dua perlawanan Kumpulan B berkesudahan  KDM Ranau mengalahkan Luton FC Tambunan 2-1 dan NVLT Nabawan menang 3-2 ke atas BSC Keningau.

Saingan Kumpulan A pula menyaksikan Papar menang 1-0 ke atas Tenom manakala PVATM Keningau mengalahkan Telipok United 2-1.

Pertemuan antara Tenom dan Papar yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan pada Sabtu itu juga merupakan perlawanan perasmian kejohanan.

Kejohanan dirasmikan Timbalan Presiden Pertubuhan KDM Malaysia, Datuk Juil Nuatim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau dan Timbalan Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah.

Juil berkata, kejohanan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pemain veteran terus aktif bersukan sekaligus mengeratkan silaturahim kerana ianya disertai pasukan dari beberapa daerah negeri ini.

Kejohanan untuk pemain veteran yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM20,000 itu adalah anjuran KDM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) daerah-daerah Pedalaman dan Penampang.

Sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Pasukan bermain secara liga satu pusingan di peringkat kumpulan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke suku akhir.

Perlawanan-perlawnan akan diteruskan penghujung minggu ini.   


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.565220 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list