CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 0

PDRM ada lebih 11,000 kekosongan perjawatan

[Copy link]
Post time 18-3-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode
PDRM ada lebih 11,000 kekosongan perjawatan

Mac 18, 2022 @ 2:17pm



Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass (tengah) menyaksikan majlis serah tongkat kuasa di antara Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali (kiri) kepada Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah di IPK Melaka, hari ini.



MELAKA: Sebanyak 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 651 kekosongan perjawatan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis (9,005) dan pegawai awam (1,455).

"Secara keseluruhan sehingga 31 Januari lalu, PDRM mempunyai 137,628 perjawatan merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam.

"Kekosongan yang berlaku disebabkan kesukaran untuk melaksanakan latihan atau kursus bagi mengisi perjawatan yang ada, ekoran penularan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.

"Pada tahun ini, kami sedang dan akan melatih sebanyak 5,000 individu bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai rendah polis dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan dan baki kekosongan yang ada dijangka dapat diisi menjelang akhir tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, di sini hari ini.

Katanya, walaupun terdapat kekosongan perjawatan, ia tidak menjejaskan kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi peralihan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, anggota atau pegawai polis boleh memohon untuk berpindah atau bertugas di negeri asal, namun ia bergantung kepada beberapa syarat yang ditetapkan.

"Dasar kami tidak berubah. Mereka boleh membuat permohonan dan mempertimbangkannya tetapi umur mereka perlulah menghampiri usia persaraan dan terdapat kekosongan di negeri yang dimohon," katanya.

Terdahulu Zaini menyaksikan upacara serah tugas jawatan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali kepada Timbalan Ketua Polis Melakam Datuk Razali Abu Samah sebagai pemangku jawatan berkenaan.

Abdul Majid, 60, yang bersara wajib setelah hampir 40 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM sejak 27 Disember 1982, berkata beliau akan melibatkan diri dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus pada kebajikan masyarakat.

"Sebagai pegawai polis, saya telah lama memberi perkhidmatan dan mendampingi masyarakat. Jadi jiwa saya dengan masyarakat sudah sebati, saya rasa tidak boleh berhenti untuk terus beri bakti, bukan sebagai penguat kuasa undang-undang, tetapi sebagai NGO," katanya. - BERNAMA







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.648921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list