CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tular video lama kes dera, polis sahkan pengasuh sudah ditahan

[Copy link]
Post time 16-3-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Tular video lama kes dera, polis sahkan pengasuh sudah ditahan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 16 Mac 2022


Tangkap layar klip video yang tular di media sosial mengenai tindakan seorang wanita dipercayai pengasuh yang menampar pipi seorang kanak-kanak dengan kuat.


GEORGETOWN - Polis mengesahkan klip video dera melibatkan kanak-kanak di sebuah rumah pengasuh yang tular dalam media sosial merupakan insiden lama.


Selain itu, polis turut menafikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengasuh tersebut seperti yang didakwa beberapa pihak sejak Selasa.



Soffian


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong sebaliknya memberitahu bahawa suspek iaitu seorang wanita warga asing berusia 53 tahun akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat dan pihaknya sedang menunggu kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah.


"Selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada 7 Disember tahun lalu, kita menahan suspek pada keesokkan harinya kerana didakwa mendera empat kanak-kanak.


"Kita menahan reman suspek selama enam hari dan dia kini ditempatkan di Penjara Jawi sebelum didakwa di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur pada Rabu.


Mengulas mengenai kejadian itu, Soffian berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor di sini pada 2 Disember 2021.


"Susulan daripada laporan polis itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan kanak-kanak.


"Selain itu, suspek juga dituduh mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.


Sebelum ini, tular sebuah klip video di Twitter mengenai seorang wanita yang dipercayai pengasuh menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangan kanak-kanak terbabit.


Pemilik akaun Twitter terbabit turut mendakwa laporan polis sudah dibuat tetapi tiada tindakan diambil kerana polis mendakwa wanita terbabit mengalami masalah mental.


Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu mengenai tindakan seterusnya yang boleh diambil terhadap individu yang menuduh polis tidak mengambil tindakan terhadap kes tersebut.


"Saya menasihatkan orang ramai menyemak maklumat atau fakta sesuatu kejadian terlebih dahulu sebelum bertindak menyebarkannya di mana-mana platform media sosial.


"Tindakan menyebarkan sesuatu kejadian tanpa fakta sebenar boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat selain boleh menjejaskan imej serta integriti jabatan yang terlibat," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gasuh-sudah-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kan tgk ank2 tu.. tgk sikit2 pstu tutup
Dah video . Tak sampai hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052401 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list