View: 6815|Reply: 68
|
Remy Ishak Belum Nak Anak, Takut 'Terkenan' Watak Baran Dan Benci Budak
[Copy link]
|
|
Membawa watak sebagai Zafran iaitu seorang lelaki panas baran dan tidak suka dengan anak kecil membuatkan Remy Ishak bimbang jika sikap tersebut melekat pada dirinya apabila bergelar bapa.
Kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 40, dia juga percaya dengan kata-kata 'terkenan' seperti yang selalu disebutkan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Foto: IG
"Bimbang juga isteri saya hamil dalam tempoh saya membawakan watak dalam drama ini.
"Saya takut nanti terbawa-bawa dalam diri sendiri kerana Zafran selalu melontarkan dialog marah dan tidak suka kepada seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU).
"Sebelum ini saya tidak percaya kalau orang bercakap tentang terkenan, tetapi apabila sering berlaku dan melihat sendiri saya tahu perkara itu boleh terjadi," katanya kepada mStar.
Remy bekata demikian ketika sidang media mempromosikan drama terbaharu berjudul Jangan Benci Cinta yang dijalankan secara atas talian pada Rabu.
Awal bulan lalu tular gambar isteri Remy iaitu usahawan Roszaliza Yusoff atau Ezza yang dikatakan sedang hamil.
Bercakap tentang hal tersebut, Remy memberitahu masih belum ada rezeki buat mereka menimang cahaya mata sekarang ini.
"Mungkin orang salah pandang dan kerana baju yang isteri saya pakai itu besar dikatakan dia sedang hamil.
"Kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekarang ini.
"Bertenanglah dahulu.. sementara pegang watak Zafran ini biarlah tidak ada anak lagi," ujarnya.
Semenatara itu, Remy turut berkongsi harapan agar drama lakonannya kali ini mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita yang berbeza.
"Saya harap drama ini akan jadi satu fenomena.
"Daripada aspek pemilihan pelakon, pengarah dan penulis skrip semuanya sangat tepat. Jadi ia sebuah karya yang bagus.
"Saya tahu orang akan benci watak Zafran dalam drama ini," jelasnya.
Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini akan mula bersiaran pada 21 Mac ini di saluran Astro Ria. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
memula dah okay dah jawab....belum ada rezeki....tapiiii sambungan tu mcm tak best la pulak......tak nak anak selagi pegang watak |
|
|
|
|
|
|
|
Dr awal dia bkawin dgn bekas tunang yg dia dump tu pn xrasa si remy ni serius nk kawin. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan xboleh blah...
Dia ni macam terpaksa kawen je. |
|
|
|
|
|
|
|
Retis pregnant, retis beranak, retis tak nak tunjuk anak, retis tak nak anak, retis meneran. Meriah betul bodgos dengan berita2 retis dan anak ni yer |
|
|
|
|
|
|
|
Ke dia ini macam tak jatuh cinta sangat dengan isteri dia? By the way, isteri dia umur berapa, muka tua sangat kadang iols tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 jeerr bangla msia ni.
Tunang kawin mcm nak tak nak jee |
|
|
|
|
|
|
|
scrocth replied at 16-3-2022 05:20 PM
Dr awal dia bkawin dgn bekas tunang yg dia dump tu pn xrasa si remy ni serius nk kawin.
Setuju dgn komen uols
Dia nie buat content based on belum ada anak je sejak kebelakangan ini |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 tengah usaha nak dptkan baby. ada org dia tak suka share. so jawapan simple ckp je tak bersedia lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Mengarut nya lah Remy ni. Kau tak habis enjoy lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wikedsaikel at 16-3-2022 08:43 PM
scrocth replied at 16-3-2022 05:20 PM
Dr awal dia bkawin dgn bekas tunang yg dia dump tu pn xrasa si remy ni serius nk kawin.
Yes. Tak nak anak ni selalunya i red flag. Amenda laaaa. Lain la modern american style couple.
Tapi maybe tengah usaha jugak kot. Just tak nak rasa pressure |
|
|
|
|
|
|
|
Remy ni ibarat macam terdesak sangat nak kawen tapi sebab pilihan dah takde so sauk je laa apa yang ada depan mata... Mungkin dengan basic dulu abis cinta mati kot.. Tu bila basic kawen sampai masuk hospital la, mental laa dok sorang2.. Kalau gitu laa kesian la kat wife si remy ni.. Rasa umur pon dah dekat 40 dah.. Kalau still remy mengelak xnak anak tu mungkin ade something wrong la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la nk ckp lebih2 pasal nape x nak anak..x nak lg diam je..kata2 tu doa..sok langsung takde anak bila nak sgt baru padan ...dh lah umur husband wife bkn muda lg..mulut jaga bam remy |
|
|
|
|
|
|
|
adam corrie lee tu watak gangster mana die x sapu..ok je die berusaha nak jd bapak smpi berjaya....aku dlu mmg minat gile ngan remy ni..tp sejak kawen jd menyampah..ai rs die too much la..kesian bini ko remy oit..ko kawen ngan jul ipin je lah..sekurgnya xyah la bg ayat menyakitkan hati sebab bodoh xnak anak tu..ckp je la belom ade rezeki ...heartless btol die ni ai rs |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin belum rezeki nak dapat anak tu, insyaallah semoga dipermudahkan untuk mereka berdua tapi kalau hidup si remy ni asyik beralasan puas jugaklah nak hadap, bukannya budak muda, dah 40 an pun.lebih senang cakap doakan kami dahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang dia ni nampak mcm tak ready pun nak kawen. jawapan pun alahaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bini ko bukan muda lagi. Nak tgu sampai bila. Byk je alasan terkenan bagai. Doa je lah semoga ada rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
|