Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelaku berkenaan malah memilih untuk memaafkannya.
"Dua bulan lepas saya buat rawatan itu selepas abang saya syorkan pergi dapatkan rawatan, dia kata saya tidak nampak macam diri saya. Saya sebenarnya tak terfikir pun.
"Perawat itu pun ada memberi bayangan siapa pelaku tapi saya lebih selesa untuk simpan sendiri. Lagi pun saya juga sudah tidak berkawan dengan dirinya.
"Rawatan itu berjalan selama 20 hari, saya kena mandi air bacaan selama itu," ujarnya.
Kata Luqman selepas mendapatkan rawatan, dia mula merasakan perubahan dan menjalani kehidupan lebih tenang.
Meskipun kejadian tersebut memberi pengajaran kepada dirinya, dia bagaimanapun memilih untuk melalui kehidupan seperti biasa.
"Alhamdulillah sekarang semakin baik dan tenang... rezeki juga semakin lancar. Semuanya atas izin Allah SWT.
"Saya mahu hidup seperti manusia biasa sahaja, saya percaya semua berlaku atas izin Allah SWT jadi lalui macam biasa tanpa perlu berhati-hati," katanya lagi.
Sumber: mStar