CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 5

[Sarawak] Pembunuh Bill Kayong dihukum mati

[Copy link]
Post time 16-3-2022 08:06 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki tempatan kerana membunuh Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada Jun 2016.

Panel tiga hakim yang terdiri Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli menolak rayuan yang dikemukakan Mohamad Fitri Pauzi, 35.

Dalam keputusan itu, Nallini menyatakan bahawa mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atas tertuduh.

Beliau juga berkata tiada merit dalam rayuan terbabit.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal di kelab malam didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Miri pada 2018 kerana membunuh seorang aktivis sosial Bill Kayong dengan menembak mangsa di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya di Jalan Miri-Kuala Baram pada 21 Jun 2016.

Rayuan tertuduh juga ditolak di Mahkamah Rayuan pada 18 februari 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan terdahulu, ketika dipanggil untuk membela diri, Fitri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan kes.

Malah, topeng muka dan sarung senapang yang dikemukakan sebagai barang kes terdapat kesan DNA tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh dua orang Timbalan Pendakwa Raya iaitu Abdul Ghafar Abdul Latif dan Muhammad Fitri Azmi Masud.

Manakala tertuduh diwakili dua orang peguam Ranbir Singh dan Orlando Chua.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2022 08:08 AM | Show all posts


ikan bilis jer kot ...
jerung nya lega ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 08:09 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 08:11 AM | Show all posts
Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal
Astro Awani



KUCHING: Mahkamah Persekutuan Kuching pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh aktivis Bill Kayong pada Jun 2016 lalu.

Bill, seorang aktivis hak tanah adat Bumiputera di Sarawak, yang pada ketika kejadian merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli menolak rayuan yang dikemukakan Mohamad Fitri Pauzi, menerusi dua peguamnya, Ranbir Singh dan Orlando Chua.

Hakim Nallini menegaskan mahkamah juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan kes dan hukuman ke atas tertuduh, manakala rayuan tersebut tidak mengandungi sebarang merit.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal kelab malam di Miri didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Miri pada tahun 2018 kerana membunuh  Bill Kayong dengan menembak mangsa di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah  pasar raya di Jalan Miri-Kuala Baram pada 21 Jun 2016.

Rayuan tertuduh juga ditolak di Mahkamah Rayuan pada 18 Februari 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Abdul Latif dan Muhammad Fitri Azmi Masud.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 08:12 AM | Show all posts
Kronologi kes pembunuhan Bill Kayong


* 21 Jun 2016 - Bill Kayong ditembak mati di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pasar Raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass.

* 23 Jun 2016 - Datuk Stephen Lee melarikan diri dengan berlepas ke Singapura dari Miri.

* 3 Julai 2016 - Datuk Stephen Lee berlepas ke Melbourne, Australia dari Singapura.

* 15 Julai 2016 - Mohamad Fitri Pauzi, 29, kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Bill Kayong.

* 15 Julai 2016 - Lie Chang Loon, 37, kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun keseksaan atas tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong

* 18 Julai 2016 - Datuk Stephen Lee pergi ke Xiamen, China menggunakan penerbangan dari Melbourne, Australia.

* 18 Ogos 2016 - Chin Wui Chung, 50, pembantu peribadi kepada Datuk Stephen Lee menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri.

* 29 Ogos 2016 - Chin Wui Chung kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong.

* 15 Nov 2016 - Mahkamah Majistret memerintahkan kes Fitri, Lie dan Chin dipindahkan untuk disebut lanjut di Mahkamah Tinggi Miri.

* 25 Nov 2016 - Fitri, Lie dan Chin masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Miri atas tuduhan membunuh/bersubahat membunuh Bill Kayong.

* 12 Disember 2016 - Datuk Stephen Lee ditahan di Putian, Wilayah Fujian, China oleh Kementerian Keselamatan Awam China setelah diusir keluar dari negara itu.

* 13 Disember 2016 - Datuk Stephen Lee ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiba dari China.

* 14 Disember 2016 - Datuk Stephen Lee dieskot ke Miri dan tiba di Miri jam 11 pagi serta dituduh di Mahkamah Majistret jam 2 petang hari sama.

* 7 Mac 2017 - Perbicaraan kes terhadap keempat-empat tertuduh berlangsung selama 13 hari bermula 7 hingga 10 Mac 2017, 13 hingga 17 Mac 2017 dan 28 hingga 31 Mac 2017 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ravintharan N. Paramaguru dengan 28 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

*  8 Mei 2017 - Ditetapkan untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguam bela.

*  6 Jun 2017 - Mahkamah Tinggi mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Fitri dan memerintahkannya supaya membela diri.

* 6 Jun 2017 - Hakim Ravintharan memerintahkan Lie, Chin dan Stephen Lee dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Fitri untuk membunuh Bill.

* 30 April 2018 - Mahkamah Tinggi tetapkan 5 hari bermula 21 hingga 25 Mei 2018 untuk mendengar keterangan bela diri Fitri.

* 21 Mei 2018 - Fitri memberi keterangan bela diri dari kandang saksi.

* 3 Julai 2018 - Mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

* 17 Julai 2018 - Mendengar hujah balas daripada pihak pendakwaan berhubung dua isu yang ditimbulkan pihak pembelaan di akhir kes pembelaan.

* 10 Ogos 2018 - Fitri didapati bersalah atas tuduhan membunuh Bill dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:10 AM | Show all posts
4 org...sangkut 1...sbb dia yg bunuh....
yg 3 lg lepas....mmg x adil...

banduan akhir nie pun tggu masa kena gantung...mgkn dok dlm 10 tahun leklek lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058734 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list