CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Sarawak] Dianggarkan 50 peratus kawasan di Sibu mengalami gangguan air

[Copy link]
Post time 13-3-2022 10:12 PM | Show all posts |Read mode


Kebocoran dikesan oleh LAS di Sibu, semalam.

SIBU: Dianggarkan 50 peratus kawasan di sini akan mengalami gangguan air seperti semalam.

Lembaga Air Sibu (LAS) berkata, gangguan air bermula jam 8 malam malam semalam.

"Gangguan bekalan air berjadual berlaku sebelum lampu isyarat Jalan Dr Wong Soon Kai/Jalan Oya, Jalan Oya (seberang SMK Sacred Heart) iaitu beberapa meter sahaja dari tempat gangguan air berlaku semalam.

"Kami akan menutup bekalan air jam 8 malam (semalam)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Jurucakap itu berkata, kawasan terjejas ialah Taman Sentosa, Jalan Kenari, Bukit Lima, Belatok, Bukit Lima Timur, Jerrwit, Saujana, dari Upper Lanang hingga Tanjung Kunyit, Lanang, Tekam, Kampung Nyabor, Keranji, Brooke Drive, Brother Albinus, Dr Wong Soon Kai, Lorong Oya 13 dan Tiong Hua.

Hua Kiew, Delta, Kampung Hilir, Nangka, Deshon Booster Station (Apollo, Lilin, Sungai Merah, Kuang, Hulu Sungai Merah 1, 2, 8, 29 dan 31, Kwong Ann, Teng Chin Hua, Old Airport, Ding Lik Kong, Teku Lama, Teku Barat dan Disa.

Wawasan, IPD Polis Sungai Merah, Teku Booster Station, Quarry, Indah, Miden, Setia, Serai, Tebu, Teku, Rantau Panjang, Rantau Panjang Jaya, Teku Pasai, Sungai Maaw, Sibu West Booster Station, Empawah dan Bawang Assan dan sekitar.

"Kebocoran paip di tempat kedua dikesan selepas kerja pembaikan paip di tempat pertama pada paip utama 24" Mild Steel disebabkan kerja-kerja pengorekan kontraktor SEB.
"Kontraktor LAS berusaha membaiki kebocoran paip tersebut secepat mungkin," jelasnya.

Katanya, tempoh mengatasi masalah itu dijangka mengambil masa 10 jam.


utusanborneo.com.my/2022/03/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056393 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list