CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2270|Reply: 0

Budak 9 tahun berjaya naiki pesawat tanpa dikesan

[Copy link]
Post time 10-3-2022 08:19 PM | Show all posts |Read mode


BRAZIL: Seorang kanak-kanak yang melarikan diri dengan menyelinap masuk di dalam pesawat, berjaya mengembara sejauh 2,500 kilometer ke seluruh negara sebelum dia ditemui, menurut media Brazil.

Emanuel Marques de Oliveira, 9, dilaporkan hilang oleh ibu bapanya di bandar Manaus pada minggu lalu, menurut Terra MT Digital.

Ibunya memberitahu polis ketika dia memeriksanya pada 5:30 pagi, Emanuel masih tidur di katilnya, namun dia hilang dua jam kemudian.

Pengembara muda itu dilaporkan menaiki penerbangan LATAM dari Lapangan Terbang Manaus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo tanpa tiket kapal terbang, dokumen perjalanan atau bagasi.

Selepas ditemui, Emanuel memberitahu dia mahu tinggal bersama ahli keluarganya di Sao Paulo dan menggunakan aplikasi Google mencari “cara menaiki pesawat tanpa dikesan.”

Kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya ditemui sehari selepas kehilangannya dan dikembalikan kepada keluarganya.

Menurut Ottawa Sun, rentetan insiden itu, LATAM Airlines dan pengurusan lapangan terbang Manaus dengan bantuan polis menyiasat bagaimana kanak-kanak itu berjaya menaiki pesawat tanpa dikesan oleh sesiapa.


sarawakvoice.com/2022/03/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list