CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Sabah] SPRM Sabah Tahan Bekas Pengarah Jabatan Kes Rasuah RM1.2 Juta

[Copy link]
Post time 10-3-2022 08:02 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah lebih RM1.2 juta membabitkan kerja perkhidmatan daripada dua buah syarikat.

Sumber berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi

“Lelaki terbabit yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan di jabatan berkenaan antara tahun 2017 hingga 2018,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dalam masa yang terdekat,” katanya. – BH Online


sabahpost.net/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062623 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list