CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 10-2-2023 10:18 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 7 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 5 (29 Januari – 4 Februari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 7, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-5 TAHUN 2023
(29 JANUARI 2023 – 4 FEBRUARI 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 8.8 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-5 tahun 2023 (ME 5/2023) berbanding ME 4/2023 (Rajah 1);

1.2   Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 5/2023 berbanding ME 4/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 33.3 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan, kekal pada 0.5 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 5/2023 berbanding ME 4/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):
  • Katil bukan kritikal tiada perubahan, kekal pada 8.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan, kekal pada 4.0 peratus; dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.1 peratus.

2.0   PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
2.1   Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 5/2023 berbanding ME 4/2023 (Rajah 3):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 27.1 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 8.5 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 58.3 peratus.

3.0   STATUS TERKINI KES COVID-19
3.1   Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Februari 2023 (ME 5/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,037,784;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,991,089 kes;
  • Purata kes aktif : 9,476 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,943 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
3.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 4/2023 dan ME 5/2023 (Rajah 4):
  • Bilangan kes baharu meningkatsebanyak 41.7 peratus (1,350 kes kepada 1,913 kes);
  • Bilangan kes sembuh menurun sebanyak41.7 peratus (2,177 kes kepada 1,270 kes); dan
  • Bilangan kes kematian menurun sebanyak62.5 peratus (8 kes kepada 3 kes).

4.0 NILAI Rt
Nilai Rt pada ME 5/2023 adalah 1.02 (Rajah 5).

5.0   SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 5/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 15 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 1.9 peratus pada ME 5/2023 (Rajah 6); dan
  • Tiada sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 5/2023 (Rajah 7).


6.0   NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 Februari 2023 @ 9.00 pagi








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 10:20 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-2-2023 09:26 PM

[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]PRESSKenyataan Media KPK 7 Februari 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah kali ke-381 Berkenaan Pendaftaran Produk Ubat Veterinar yang Mengandungi Polymyxins[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 7, 2023
Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin B) telah dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh pihak World Health Organization (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine. Seterusnya polymyxins telah dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan (prioritization factors). Kategori di atas adalah sebagai panduan bagi menentukan langkah pengurusan risiko bagi mengehadkan penggunaan antimikrobial dan seterusnya mengekang risiko kerintangan (resistance).
Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR).


Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyenaraikan semua polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) sebagai bahan terlarang dalam produk ubat veterinar sebagai langkah mengurangkan risiko kerintangan antimikrobial (AMR) terhadap polymyxins.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari 2023 telah bersetuju dengan keputusan berikut:
  • Penyenaraian semua polymyxins sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar untuk semua spesies sasaran KECUALI produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.
  • Pembatalan pendaftaran produk ubat veterinar berdaftar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuatkuasa serta-merta. Pengilangan, pengimportan dan pembekalan produk tidak dibenarkan serta-merta. Pemegang Pendaftaran Produk dibenarkan untuk menghabiskan stok sedia ada di pasaran dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat pembatalan produk.
  • Penolakan permohonan pendaftaran baru produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin (kecuali Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuatkuasa serta merta.
  • Tidak mempertimbangkan permohonan pendaftaran semula bagi produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan di atas adalah tidak terpakai untuk produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal. Oleh itu, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal adalah dikekalkan.
KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa memastikan semua produk farmaseutikal termasuk ubat veterinar yang dibekalkan di Malaysia dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Penilaian manfaat-risiko (risk-benefit) dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 FEBRUARI 2023



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:24 PM | Show all posts
farhana008 replied at 19-1-2023 08:53 PM
kalau duduk lama dan berdiri memang sakit
farhana008 replied at 4-2-2023 11:21 AM
dah 3 bulan sakit. saya saspek osteoarthritis. appointment patutnya selasa baru ni postpone ke sel ...
Apa perkembangan

Ni pi Jamie Oliver @ KLIA...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 09:13 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 04:59 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2023 05:56 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2023 10:24 PM
Apa perkembangan

Ni pi Jamie Oliver @ KLIA...

semalam buat knee injection. rasa lebih baik. bila bangun tido dah tak sakit kaki dah.

nampak mouth watering menu kat JO tu. pizza apa tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 12-2-2023 05:37 PM
farhana008 replied at 12-2-2023 04:56 PM
semalam buat knee injection. rasa lebih baik. bila bangun tido dah tak sakit kaki dah.

nampak mo ...


good for you...

Cheezy chicken
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 09:59 PM | Show all posts

eh kj ok lah
apa opinion awak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:02 PM | Show all posts
ipes2 replied at 13-2-2023 08:59 PM
eh kj ok lah
apa opinion awak

Agree with you
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:41 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]DRUG SAFETYKenyataan Media KPK 13 Februari 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 13, 2023

MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN
MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1.      Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.Karisma Turmeric Booster CreamMerkuri
2.Flashhskinzz Treatment CreamMerkuri
2.      Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3.      Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
4.      Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
5.      Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
6.      Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
7.      Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Februari 2023






Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 06:14 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 14 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 6 (5 – 11 Februari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 14, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-6 TAHUN 2023
(5 FEBRUARI 2023 – 11 FEBRUARI 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 6.5 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-6 tahun 2023 (ME 6/2023) berbanding ME 5/2023 (Rajah 1);
1.2   Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 6/2023 berbanding ME 5/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2, tiada perubahan, kekal pada 0.4 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan, kekal pada 0.5 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023 berbanding ME 5/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):
  • Katil bukan kritikal, tiada perubahan, kekal pada 8.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), menurun sebanyak 2.0 peratus; dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus.

2.0   PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
2.1   Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 6/2023 berbanding ME 5/2023 (Rajah 3):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 12.3 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 2.9 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 130 peratus.

3.0   STATUS TERKINI KES COVID-19
3.1   Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Februari 2023 (ME 6/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,039,326;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,993,160 kes;
  • Purata kes aktif : 9,490 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,951 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
3.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 5/2023 dan ME 6/2023 (Rajah 4):
  • Bilangan kes baharu menurunsebanyak 19.4 peratus (1,913 kes kepada 1,542 kes);
  • Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak63.1 peratus (1,270 kes kepada 2,071 kes); dan
Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 166.7 peratus (3 kes kepada 8 kes).

4.0 NILAI Rt
Nilai Rt pada ME 6/2023 adalah 0.94 (Rajah 5).

5.0   SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 5/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 22 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.8 peratus pada ME 6/2023 (Rajah 6); dan
  • Sebanyak 1.9 peratussampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 6/2023 (Rajah 7).


6.0   NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Februari 2023 @ 9.00 pagi







Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 06:15 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]DENTALKenyataan Media Yang Dipertua Majlis Pergigian Malaysia 14 Februari 2023 – Standard Latihan Pergigian Bagi Pendaftaran Doktor Pergigian Di Bawah Akta Pergigian 2018[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 14, 2023
STANDARD LATIHAN PERGIGIAN BAGI PENDAFTARAN DOKTOR PERGIGIAN DI BAWAH AKTA PERGIGIAN 2018
Selaras dengan seksyen 29 (2) (a) Akta Pergigian 2018 yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022, seseorang warganegara Malaysia yang lulus pengajian daripada luar negara boleh memohon kepada Pendaftar Pergigian untuk didaftarkan sebagai doktor pergigian sekiranya latihan pergigian dan peperiksaan di institusi latihan pergigian yang berkenaan mencapai standard yang dinyatakan oleh Majlis.
Sehubungan itu, Majlis Pergigian Malaysia (MPM) semasa Mesyuarat Keempat di bawah Akta Pergigian 2018 pada 2 Ogos 2022 telah menetapkan standard tersebut seperti di Lampiran 1. Mengambil kira persediaan ke luar negara yang sedang berjalan, MPM bersetuju agar standard berhubung syarat keperluan minimum ke luar negara adalah terpakai bagi kursus pengajian yang akan bermula 1 Julai 2023 dan seterusnya.
Selaras dengan seksyen 29 (2) (c) pula, semua graduan daripada luar negara yang ingin mendaftar dengan MPM selepas 31 Disember 2026 juga dikehendaki menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional sekiranya kelayakan daripada luar negara tersebut memenuhi standard yang ditetapkan oleh MPM. Keperluan menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi graduan daripada luar negara yang ingin mendaftar dengan MPM sebelum 1 Januari 2027 adalah masih tertakluk kepada senarai ijazah yang tidak diiktiraf sebelum ini di bawah Akta Pergigian 1971.
Standard yang ditetapkan oleh Majlis dan syarat keperluan minimum boleh diakses melalui laman web MPM di https://mdc.moh.gov.my/ di bawah pautan Registration.
Oleh yang demikian, mereka yang berminat untuk menceburi profesion sebagai doktor pergigian dan semua pihak yang berkepentingan dimohon untuk sentiasa peka dengan menyemak syarat-syarat dan keperluan terkini melalui laman web rasmi MPM. Sebarang persoalan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada mdc@moh.gov.my.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERGIGIAN MALAYSIA
14 Februari 2023







Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2023 06:35 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 12:27 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 01:26 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2023 07:05 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-2-2023 06:34 PM
good for you...

Cheezy chicken

ALhamdulillah..rasa lega. Better dari sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:47 PM | Show all posts
farhana008 replied at 16-2-2023 06:05 PM
ALhamdulillah..rasa lega. Better dari sebelum ni.

Macam2 berita bencana dunia sekarang


.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:08 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 04:50 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 5.259227 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list