CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
 Author| Post time 16-1-2023 12:32 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-1-2023 09:35 AM
Risau yg beku darah la...heart attack...stroke katanya

takut wehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 01:54 PM | Show all posts
farhana008 replied at 16-1-2023 11:29 AM
beberapa hari ni saya sakit kaki sebab terpelecok

Oloh...memacam kome moga sembuh...kale dekat leh tolong urutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-1-2023 11:31 AM
yang kena buang kerja pun terjejas.

Banyak yg buka gerai makanan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-1-2023 11:32 AM
takut wehhh

Huhuhu mujo ada hari 0 kematian sebab Covid...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 08:17 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 02:20 AM | Show all posts

buka lah vol 43 dgn tajuk sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2023 02:21 AM | Show all posts

berilah update macam mana nak masuk ke malaysia?
adakah kena tunjuk bukti vaccine?
or negative covid?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 17-1-2023 01:20 AM
buka lah vol 43 dgn tajuk sama

tunggu tt...boleh je lajak 100 pages...kat bodgos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 17-1-2023 01:21 AM
berilah update macam mana nak masuk ke malaysia?
adakah kena tunjuk bukti vaccine?
or negative cov ...

Ni ada baca

SEPANG: Prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini COVID-19.

Katanya, SOP yang dikenakan kepada pelancong yang tiba di Malaysia termasuk dari China juga adalah sama dengan ketibaan dari negara lain.

"Tentulah tidak bijaksana untuk selektif dan saya fikir tidak tepat untuk negara ambil pendirian begitu," katanya selepas meninjau operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Saifuddin Nasution (tengah) ketika melawat tempat pemeriksaan suhu badan sewaktu mengadakan lawatan di KLIA hari ini. - Foto BERNAMA
Saifuddin Nasution (tengah) ketika melawat tempat pemeriksaan suhu badan sewaktu mengadakan lawatan di KLIA hari ini. - Foto BERNAMA
Bagaimanapun, Saifuddin berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kepentingan menjaga keselamatan rakyat daripada sebarang ancaman kesihatan termasuk wabak COVID-19.

Pada Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan.

Perdana Menteri berkata, kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketatkan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pelancong yang dikenal pasti mengalami demam akan dibawa ke sudut khas untuk diperiksa doktor bertugas.

"Jika suhu 37 darjah celsius, mereka letak (pelancong) di sudut khusus untuk buat semakan, kalau kekal dengan rekod tanda iaitu positif…terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Mengenai pemeriksaan di kaunter Imigresen di KLIA hari ini, beliau secara keseluruhan berpuas hati kerana semua pelancong mematuhi SOP sedia ada. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 05:02 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 16 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 2 (8-14 Januari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 16, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN
PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 2 TAHUN 2023
(8 – 14 JANUARI 2023)
STATUS TERKINI[url=][/url]PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatanbagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27.1 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023 (ME 2/2023) berbanding ME 1/2023 (Rajah 1);
Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 3/2022 sehingga ME 2/2023
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 2/2023 berbanding ME 1/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 36.4 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 41.7 peratus.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 2/2023 berbanding ME 1/2023 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 2.0 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2.0 peratus.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.3 peratus (Rajah 4) pada ME 2/2023 berbanding ME 1/2023.
Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 1/2023 dan ME 2/2023 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 1.7 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 23.3 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 37.5 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah, dan kes rujukan CAC ke hospital dari ME 40/2022 hingga ME 2/2023
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 14 Januari 2023 (ME 2/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,032,433;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,985,263 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,908 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,167 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
Perbandingan antara ME 1/2022 dan ME 2/2023:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 2/2023 menurun sebanyak 13.0 peratus (3,781 kes kepada 3,288 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 2/2023 menurun sebanyak 21.9 peratus (3,231 kes kepada 2,525 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 22.3 peratus (3,213 kes kepada 2,497 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkat sebanyak 55.6 peratus (18 kes kepada 28 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 2/2023 meningkat sebanyak 61.9 peratus (21 kes kepada 34 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 2/2023 menurun sebanyak 3.3 peratus (11,278 kes kepada 10,901 kes) (Rajah 9).
   Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
NILAI RT
Nilai RT pada ME 2/2023 adalah 0.89 (Rajah 10).
Rajah 10: PurataNilai RT mingguan dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 2/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 27 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 3.4 peratus pada ME 2/2023 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 1.7 peratus SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 2/2023 (Rajah 12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel sehingga ME 2/2023
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 2/2023
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Januari 2023 @ 10.00 pagi







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 05:12 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:43 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
A NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH
SEARCH FOR...
Search...

COMMUNICABLE DISEASE
Kenyataan Media KPK 18 Januari 2023 – Maklumbalas NPRA Berhubung Artikel Bertajuk ‘U.S. FDA, CDC See Early Signal Of Possible Pfizer Bivalent COVID Shot Link To Stroke’
BY DG OF HEALTH ON JANUARY 18, 2023
MAKLUMBALAS NPRA BERHUBUNG ARTIKEL BERTAJUK ‘U.S. FDA, CDC SEE EARLY SIGNAL OF POSSIBLE PFIZER BIVALENT COVID SHOT LINK TO STROKE’

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengambil maklum artikel yang telah diterbitkan oleh REUTERS bertajuk ‘U.S. FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent COVID shot link to stroke’ yang diterbitkan pada 15 Januari 2023.
Untuk makluman, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM kali ke-379 yang bersidang pada 13 Disember 2022 telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 COMIRNATY Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection dari pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.
Secara ringkasnya, informasi daripada United States Food and Drug Administration (U.S. FDA) dan U.S Centers for Disease Control and Prevention (CDC) tersebut merupakan pemakluman berkenaan satu signal keselamatan yang telah dikesan daripada salah satu pangkalan data pemonitoran keselamatan iaitu Vaccine Safety Datalink (VSD). Semua signal keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan. Namun begitu, setakat ini tiada signal keselamatan ischaemic stroke dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat (contohnya Vaccine Adverse Event Reporting System – VAERS), iaitu susulan penggunaan vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19. Analisis lanjut juga tidak mengesahkan signal keselamatan tersebut. Pemonitoran keselamatan vaksin COVID-19 di negara-negara rujukan yang lain juga tidak mengesan isu keselamatan ini.1
Berdasarkan data yang telah dikemukakan kepada NPRA oleh pihak syarikat pemegang pendaftaran produk, Pfizer Sdn Bhd, tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 di dalam kajian klinikal yang dijalankan. Memandangkan vaksin ini telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Disember 2022, pihak syarikat mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi (post-vaccination).
Seperti makluman umum, vaksin ini belum digunakan di Malaysia. NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara-negara rujukan mengenai vaksin bivalent ini dan akan terus memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia.
Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Januari 2023

Rujukan :

CDC (13 Januari 2023).  CDC & FDA Identify Preliminary COVID-19 Vaccine Safety Signal for Persons Aged 65 Years and Older.  https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/safety/bivalent-boosters.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2023 09:52 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2023 01:54 PM
Oloh...memacam kome  moga sembuh...kale dekat leh tolong urutkan...

so sweet of you! nak bengkok kaki sakit. sabtu lepas dah panggil orang datang urut. tak membantu juga dan nampaknya kena jumpa ortopedik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2023 09:53 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2023 03:12 PM
Banyak yg buka gerai makanan

semuanya demi survival.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 10:15 AM | Show all posts
farhana008 replied at 18-1-2023 08:52 PM
so sweet of you! nak bengkok kaki sakit. sabtu lepas dah panggil orang datang urut. tak mem ...

Memang dahsyat penangan terpeleot
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 10:17 AM | Show all posts

Ekonomi menurun katanya tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 10:18 AM | Show all posts

Nanti lapang buka benang baharu...dah 100 pages
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 01:42 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 5.000338 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list