View: 679|Reply: 3
|
Mcdonald's Rusia Tutup 847 Cawangan, Apa Kes?
[Copy link]
|
|
Ekoran kemelut peperangan yang melanda antara Rusia dan Ukraine banyak syarikat-syarikat barat seperti Pepsi, Starbucks dan Burger King ditekan untuk menghentikan operasi mereka di Rusia.
Dan terbaru CEO McDonald’s Rusia, Chris Kempczinski mengeluarkan kenyataan akan menutup semua cawangan McDonald’s buat sementara waktu ini.
Dipetik dari Forbes, Kempczinski mengatakan walaupun sebanyak 847 restoran makanan segera popular dunia itu ditutup sementara waktu namun semua pekerja yang terjejas sama ada di Rusia mahupun di Ukraine, akan menerima bayaran gaji penuh sepanjang penutupan restoran makanan segera tersebut ditutup.
Foto: IG
Gara-gara pencerobohan yang dilakukan tentera Rusia keatas Ukraine, ramai pengguna media sosial mula melancarkan serangan mogok boikot McDonald’s di Twitter.
Bukan itu saja, mengetahui strategi yang dilakukan McDonald’s untuk menutup restoran mereka buat sementara waktu mendapat kecaman dan kritikan di Twitter.
“Mereka patut diharamkan, menjijikan”
“Tak boleh dipercayai!!”
“Betul-betul sementara” ciap mereka
Untuk rekod, McDonald’s memiliki lebih kurang 84 peratus cawangan di Rusia dan lebih kurang sembilan peratus hasil keuntungan yang diperolehi datang dari Rusia dan Ukraine. -CARI
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah...malaysia bila lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuklear jangan tak nuklear! |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang sikit obesity. Dah lah herlok2 orang russia, rugi je kalo obesity |
|
|
|
|
|
|
| |
|