CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Sarawak] Lee cadang pengangkutan barang berat guna laluan sungai

[Copy link]
Post time 9-3-2022 06:44 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menyarankan sungai sebagai antara pengangkutan bagi membawa barang-barang besar dalam usaha menyelesaikan masalah jalan raya yang kerap rosak akibat lori muatan berat.

Menurutnya, kementeriannya banyak menerima aduan mengenai jalan rosak berikutan kerap dilalui lori muatan berat.

"Oleh itu, kita harus menggunakan kemudahan sungai untuk mengangkut atau membawa barang-barang besar atau dalam kuantiti banyak seperti bahan binaan, pasir, batu kelikir serta buah kelapa sawit."Ini adalah sebahagian usaha untuk memastikan agar tidak merosakkan sistem jalan raya kita," ujarnya pada majlis Legal Engagement Programme with Sarawak Rivers Board (LSS) Enforcement Officers di Hotel Mega di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan II Dato Henry Harry Jinep, Ketua Penolog Setiausaha Kementerian Pengangkutan Sarawak Marie Cotilla-Louise @ Rozita Kulai dan Assistant Controller Wilayah 3 LSS Leonard Luhat Laing.

Lee telah mencadangkan kementeriannya bersama Unit Perancang Ekonomi Sarawak menjalankan kajian bagi penggunaan kemudahan sungai untuk mengangkut barangan besar atau kuantiti banyak.



Lee serta tetamu lain bergambar bersama para peserta program di Miri, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan program berkenaan penting bagi pegawai penguatkuasa untuk dilengkapi dengan pengetahuan tentang undang-undang, peraturan serta regulasi yang digunapakai dan dikuatkuasakan oleh agensi serta pengetahuan mengenai polisi dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Selain memahami peruntukan Ordinan Sungai Sarawak (SRO) 1993, jelas Lee program dua hari itu turut menyentuh mengenai peraturan lain seperti kebersihan, trafik, kompaun kesalahan dan bayaran trafik sungat tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

"Penglibatan para pegawai melalui program ini juga turut mengenalpasti masalah, halangan dan cabaran yang dihadapi pegawai penguat kuasa LSS dalam melaksanakan tugasan mereka.
"Ia penting untuk merangka strategi terbaik dan boleh dilaksanakan untuk mengatasinya," ujar Lee.

Beliau yakin, melalui program sedemikian, ia secara langsung membolehkan para pegawai terbabit menjadi lebih cekap, menjalin dan mengekalkan hubungan serta pretasi kerja yang berkesan bukan sahaja dalam kalangan pegawai tetapi juga dengan pihak berkepentingan.

"Sekiranya ada keperluan, cadangkan untuk semakan dan pindaan ordinan serta peraturannya, dalam masa sama meneliti semula SOP yang sedia ada.

"Ini juga adalah untuk mencapai bukan sahaja peningkatan kualiti ordinan dan peraturannya, tetapi termasuk pengurusan yang terbaik," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.085627 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list