|
Baru-baru ini, saintis dari Garvan Insititute of Medical Research di Australia berjaya mencipta ujian yang boleh mengenal pasti 50 jenis penyakit genetik dalam satu waktu.
Petikan dari Amanz, contoh penyakit yang boleh dikesan melalui ujian itu adalah Huntington's, Fragile-X, Myotonic Dystrophies, Epilepsi Myoclonic dan banyak lagi. Tambahan pula, pesakit yang menunjukkan simptom boleh mendapat diagnosis dengan lebih pantas.
kredit foto: Klinik Mediviron
Sebelum ini doktor hanya boleh melakukan ujian secara satu persatu yang memakan masa agak lama, menyakitkan dan memerlukan perbelanjaan besar.
kredit foto: Garvan.org.au
Difahamkan, ujian penjujukan DNA itu menggunakan cara nanoprena dan hanya menelan belanja sebanyak ASD 1,000 (RM 4,181) sahaja. Mereka berharap ujian yang dibangunkan ini boleh digunakan untuk diagnosis pesakit dalam masa dua hingga lima tahun selepas mereka menjalani proses akreditasi klinkal yang sesuai.
kredit foto: Genetic Engeneering
Apa yang Garvan Institute of Medical Research ini adalah hampir sama dengan syarikat Theranos, tetapi syarikat itu terkubur apabila diketahui yang pemilik syarikat itu Elizabeth Holmes adalah seorang penipu dalam dunia bisnes dan teknologi. - CARI |
|