CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 13

Rusia Setuju Tamatkan Perang Tapi Ini Syaratnya...

[Copy link]
Post time 8-3-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Moscow: Rusia memberitahu Ukraine bahawa ia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan 'pada bila-bila masa' jika Kyiv memenuhi senarai syarat, kata jurucakap Kremlin pada Isnin.


Dmitry Peskov berkata, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, menukar perlembagaannya untuk mengekalkan keneutralan, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia, dan mengiktiraf republik pemisah Donetsk dan Lugansk sebagai negara merdeka.


Reuters melaporkan, ia kenyataan Rusia yang paling jelas setakat ini daripada syarat yang ingin dikenakan ke atas Ukraine untuk menghentikan apa yang dipanggil "operasi ketenteraan khas", yang memasuki hari ke-12.


Foto: AFP




Peskov memberitahu Reuters dalam temu bual telefon bahawa Ukraine mengetahui keadaan itu dan diberitahu bahawa 'semua ini' boleh dihentikan dalam masa singkat.


Rusia menyerang Ukraine dari utara, timur dan selatan, menggempur bandar-bandar termasuk Kyiv, Kharkiv dan pelabuhan Mariupol.


Pencerobohan yang dilancarkan pada 24 Februari, menyebabkan krisis pelarian terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, dan membawa kepada sekatan berat ke atas Moscow.


Tetapi jurucakap Kremlin menegaskan Rusia tidak membuat sebarang tuntutan wilayah ke atas Ukraine dan berkata, dakwaan tuntutan untuk menyerahkan Kyiv adalah tidak benar.


"Kami benar-benar sedang menamatkan operasi tentera di Ukraine. Kami akan menyelesaikannya. Tetapi perkara utama ialah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya dan kemudian tiada siapa yang akan menembak," katanya.


Mengenai isu berkecuali, Peskov berkata, Rusia harus membuat pindaan kepada perlembagaan yang menurutnya Ukraine akan menolak sebarang matlamat untuk memasuki mana-mana blok.


"Kami juga sudah bercakap mengenai bagaimana mereka harus mengakui bahawa Crimea adalah wilayah Rusia dan bahawa mereka perlu mengiktiraf bahawa Donetsk dan Lugansk adalah negara merdeka. Dan itu sahaja. Ia akan berhenti serta-merta," katanya.


Konflik itu bermula selepas Putin mengiktiraf dua wilayah pemisah di timur Ukraine, di mana pejuang yang disokong Rusia berperang dengan tentera Ukraine sejak 2014, tindakan yang dikecam Barat.


"Ini bukan kami yang merampas Lugansk dan Donetsk dari Ukraine. Donetsk dan Lugansk tidak mahu menjadi sebahagian daripada Ukraine.


"Untuk selebihnya. Ukraine adalah sebuah negara merdeka yang akan hidup bebas, tetapi dalam keadaan berkecuali," katanya.


Beliau berkata, semua tuntutan itu dirumus dan diserahkan semasa dua pusingan pertama rundingan antara delegasi Rusia dan Ukraine yang berlangsung minggu lalu.


"Kami berharap semua ini akan berjalan lancar dan mereka akan bertindak balas dengan cara yang sesuai," kata Peskov.


Menurutnya, keadaan di Ukraine menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada keselamatan Rusia berbanding pada 2014, apabila mereka juga mengumpulkan 150,000 tentera di sempadan. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 11:41 AM | Show all posts
ukraine tunduk shj dgn tuntutan rusia tu, adik kecil mahu lawan abg besar...tak menang la
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 11:58 AM | Show all posts
Org rusia ni dari uthmaniyah empire lagi suka org ikut telunjuk dia ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 12:29 PM | Show all posts
Gila..! AS mana mau syarat Russia ini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mcm ibarat ukraine (ex wife) dan russia (ex hasben)
ex-hasben persis gila talak bila ex-wife nak kawen sama uncle Sam (US/NATO)
so now ex-hasben kasi syarat,  anak2 diorg yakni crimea,donetsk dan lugansk dpt kat husband's custody for the kids
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 12:36 PM | Show all posts
tunggu russia serang turki (nato member) pas ni.. nak tgk camana ummah penjilat ruskie ni buat u-turn konar baring 360degree
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg melayu Malaysia sibuk sokong Russia Lps tu kaitkan dgn isu Palestine , dia orang tak tahu ke Russia dan Serbia ni satu geng , pergi bantai muslim Bosnia tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 12:41 PM | Show all posts
Jijoli replied at 8-3-2022 12:36 PM
Yg melayu Malaysia sibuk sokong Russia Lps tu kaitkan dgn isu Palestine , dia orang tak tahu ke Russ ...


itu sebelum Putin... Putin naik semua dah berubah.Islam membangun pesat kat Rusia sebab Putin ubah dasar kebebasan beragama..masjid2 makin banyak sebab tu puak sebelah tak senang duduk

ko lagi dok percaya propaganda puak sebelah tu yg tak habis2 serang negara Islam sejak dari dulu..bosnia..iraq, afganistan.. libya semua tu apa lagi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2022 12:43 PM | Show all posts
ifanonline replied at 8-3-2022 11:41 AM
ukraine tunduk shj dgn tuntutan rusia tu, adik kecil mahu lawan abg besar...tak menang la


ukrain tak ada berani nak berkukuk kalau tak ada backup besar.. benda ni jadi sebab nak jolok rusia yg makin jadi superpower dan nak jadikan ukrain 2nd yisrahell..tgk la siapa presiden ukrain sekarang..bangsa apa


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 12:45 PM | Show all posts
Simunggu replied at 8-3-2022 12:29 PM
Gila..! AS mana mau syarat Russia ini...


ya sebab plan dia memang nak crimea balik..crimea sangat strategik untuk as


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
rastaf replied at 7-3-2022 08:41 PM
itu sebelum Putin... Putin naik semua dah berubah.Islam membangun pesat kat Rusia sebab Putin uba ...

Putin akan tolong muslims russians saja.. Sudah tugas responsibility dia jaga warga russia... Tetapi pergi bomb bangsa dan penganut agama sama seperti dia.. Ko ingat dia akan backup muslim bukan russian?  Unless pilihan selama nya jadi arselicker...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ukrainian President is definitely not a match for Putin.. Putin ni ex kgb.. dah terlalu lama berada dlm sistem ketenteraan russia.. presiden ukraine ni bekas actor and comedian.. apapun.. musuh sebenar dunia ialah Amerika
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
rastaf replied at 8-3-2022 12:41 PM
itu sebelum Putin... Putin naik semua dah berubah.Islam membangun pesat kat Rusia sebab Putin uba ...

Gf heols gimnas alina tu asalnya muslim. Ayahnya muslim. Tapi bila umur 20 alina masuk kristian.

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AS mesti tak bagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061878 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list