View: 424|Reply: 0
|
[Terengganu]
Polis pantau media sosial berkaitan Tasik Kenyir
[Copy link]
|
|
KETUA Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa semasa sidang media. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Polis terus memantau media sosial yang menyebarkan kandungan berhubung banjir di Hulu Terengganu disebabkan pembalakan di Tasik Kenyir.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pemantauan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi mengesan individu yang cuba menyebarkan berita tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat.
Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum mengenal pasti atau mengambil keterangan mana-mana individu atau pemilik akaun.
"Setakat ini, apa yang tular itu masih dalam keadaan umum dan ia tidak menunjukkan ada niat secara terus atau pun menyalahkan mana-mana pihak lagi.
"Jadi Ketua JSJ dan JSJK (dan pasukannya) akan memantau media sosial yang cuba menularkan perkara yang tidak benar.
"Setakat ini, kita memang ada pantau beberapa akaun TikTok, Facebook serta Group WhatsApp dan kita akan tengok tahap mana yang boleh diambil tindakan," katanya selepas Program Bridge To Bridge: Charity Ride Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu 2022 di Dataran Batu Buruk di sini semalam.
Ditanya sekiranya terdapat video terbaru berkaitan isu itu, Rohaimi berkata, tiada lagi yang diterima pihaknya setakat ini.
"Tidak ada viral (yang baru), yang kita terima adalah masa kejadian banjir di Hulu Terengganu.
"Kita akan terus pantau isu ini dan mana-mana pihak atau individu yang didapati menyebar berita palsu boleh diambil tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|