CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Sarawak] Nasib malang bawa 204 gram ganja di Kuching

[Copy link]
Post time 6-3-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang pemuda tempatan dihadap ke Mahkamah Majistret di sini, semalam  atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja seberat 204 gram, Februari lepas.

Tertuduh Azizul mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia bersama rakannya didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 204 gram semasa berada di Jalan Tabuan Park, Tabuan Jaya, di sini, sekitar jam 10.00 malam, 21 Februari lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh diwakili Peguam Gerald Empaling Donald.

Mahkamah memutuskan sebutan semula bagi pengurusan kes pada 1 April depan.


sarawakvoice.com/2022/03/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054726 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list