CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki parah dalam kemalangan di Bintulu

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seorang lelaki parah selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bintulu- Tatau, malam tadi.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu kereta berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Tuah Damit dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.05 malam.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pihak anggotanya mendapati sememangnya terdapat insiden yang melibatkan pertembungan kedua-dua kenderaan terbabit.

“Pasukan bomba dengan serta merta bertindak mengeluarkan mangsa wanita terlebih dahulu yang mengalami kecederaan pada bahagian tangan.

“Selepas itu, pasukan bomba mengeluarkan pemandu yang merupakan seorang lelaki yang tersepit pada bahagian kerusi bahagian pemandu dengan mengadakan ‘rescue tool,ujarnya.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah patah kaki kanan, katanya.

Kedua-dua mangsa, kemudiannya diserahkan kepada Unit Ambulans Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.



sarawakvoice.com/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053326 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list