CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa kebakaran di Mulu terima wang bantuan RM2.31 juta

[Copy link]
Post time 5-3-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode


Edward (tiga kiri) bersama Gerawat (kiri), Rhenly (dua kanan) dan Caleena (kanan) pada majlis penyampaian cek bantuan mangsa kebakaran pada Khamis.

MIRI: Sebanyak RM2.31 juta bantuan kewangan telah diagihkan kepada mangsa kebakaran di tiga kampung di kawasan Mulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, penerima merupakan penduduk dari Kampung Pa’ Derung (sembilan pintu), Kampung Long Banga (sepintu) dan Kampung Long Balau (23 pintu).

“Daripada jumlah bantuan itu, Kampung Pa’ Derung menerima RM630,000, Long Banga RM70,000, manakala Kampung Long Balau RM1.61 juta.

“Bantuan ini membuktikan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat prihatin dan sedia membantu rakyat yang telah kehilangan rumah panjang atau rumah disebabkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Gerawat menambah, bantuan berbentuk cek tersebut telah disampaikan oleh wakil beliau, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Edward Tarang kepada ketua-ketua kampung mewakili mangsa kebakaran.

Untuk rekod, Kampung Long Banga dan Long Balau terbakar pada 2020, manakala Kampung Pa’Derung pada 2021.

“Saya telah melawat kesemua tempat berlakunya kebakaran dan mangsa rumah yang hangus sehari selepas kejadian berlaku.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Residen dan Pejabat Daareh Miri dan Pejabat Daerah Kecil Bario, bomba dan Jawatankuasa Bencana Negeri yang telah banyak membantu mangsa kebakaran dalam proses mendapatkan bantuan ini,” tambah Gerawat.

Sementara itu, cek tersebut disampaikan masing-masing kepada Ketua Kampung (KK) Gerawat Tebaran mewakili Kampung Long Balau, KK Rhenly Gau (Kampung Long Banga) dan KK Caleena (Kampung Pa’ Derung).


utusanborneo.com.my/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055137 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list