CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 1

[Sarawak] Gara-gara bawa kerambit, ini nasib menimpa lelaki ini

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:41 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki tempatan diperintah berkelakuan baik selama tiga tahun dengan bon RM10,000 serta ibu sebagai penjamin oleh mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki dua bilah kerambit semasa berada di sebuah kedai makan di Jalan King Centre, tahun lalu.

Tertuduh Chun Lung, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membawa senjata berbahaya tanpa tujuan yang sah semasa berada di tempat awam iaitu dalam sebuah kedai makan di Jalan King Centre, sekitar jam 3.10 petang, pada 2 Mac 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Semasa sebutan kes, dia menyatakan bahawa memiliki senjata tersebut sebagai koleksi hobi dan tiada niat untuk mencederakan orang.

Sebelum ini, difahamkan tertuduh mempunyai beberapa jenayah rekod lampau berkaitan kes curi makanan dan rompak kedai emas.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (BJSJ) telah menahan seorang lelaki yang dikehendaki di sebuah kedai makan di Jalan King Centre.

Semasa pemeriksaan, mendapati tertuduh membawa sekotak barang yang berisi dua bilah pisau kerambit, sehelai baju dan dan seutas rantai emas.

Tangkapan dan rampasan barang kes terhadap tertuduh berikutan berkait dengan satu laporan kes curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan di Balai Polis Sekama bertarikh 28 Februari 2021.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


sarawakvoice.com/2022/03/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 08:09 AM | Show all posts
kalau koleksi letak di rumah....ni dok bawa kesana kemari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list