CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sarawak] 48 peratus ahli KWSP miliki kurang daripada RM10,000

[Copy link]
Post time 3-3-2022 11:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik telah menyebabkan 48% ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10 000 dalam akaun mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut beliau,   data KWSP menunjukkan kira-kira 7.3 juta ahli KWSP telah memohon sekurang-kurangnya satu atau ketiga-tiga pengeluaran khas berkaitan COVID-19, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, yang secara kolektif menyaksikan RM109 bilion dikeluarkan daripada KWSP antara April 2020 dan Februari 2022.

Beliau berharap dividen dan prestasi berterusan KWSP akan membantu  dalam memulakan proses membina semula simpanan persaraan ahlinya ketika pemulihan ekonomi berlaku tahun ini.

Jelannya, KWSP telah mengimbangi semula dan mengurus portfolio pelaburannya dengan membeli saham yang kukuh pada harga yang menarik selain memanfaatkan pelaburan luar negara yang menyumbang 56% kepada pulangan keseluruhan bagi tahun 2021.

“Setakat 31 Disember 2021, KWSP telah mencatat peningkatan 6% dalam jumlah pendapatan pelaburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion pada tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam KWSP mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6.10% selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2021.

Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah  5.65%. Agihan dividen ialah sebanyak RM56.92 bilion, iaitu RM50.45 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM6.47 bilion bagi Simpanan Shariah.

Kadar dividen KWSP 2021 bukan sahaja jauh lebih tinggi daripada kadar 2020 iaitu 5.2% dan 4.9%, malah mengatasi agihan pendapatan lima sen seunit oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB).


sarawakvoice.com/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.536727 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list